• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Jong Crocodile Farm, Ladang Buaya Terbesar Di Malaysia Yang Mesti Anda Kunjungi

Oleh
Farisha
23 Oktober 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Kisah ringkas bermulanya Jong Crocodile Farm

Jong Crocodile Farm, Ladang Buaya Terbesar Di Malaysia Yang Mesti Anda Kunjungi. Jong Crocodile Farm ini merupakan tarikan pelancong popular yang terletak di Kuching, Sarawak. Jong Crocodile Farm ini antara ladang buaya terbesar di Malaysia.

Menurut laman sesawang Jong Crocodile Farm, Kisah Jong Crocodile Farm ini bermula daripada hobi seorang petani bernama Yong Kian Sen. Ianya bermula selepas pendudukan Jepun pada 1948 apabila Yong berhijrah dari kampung di tepi Sungai Beliong ke Kuching untuk berniaga. Beliau membuka kedai sukan kecil yang dipanggil Fui Lip. Apabila perniagaannya mula maju, beliau mula mencari aktiviti lain.

Jong Crocodile Farm, Ladang Buaya Terbesar Di Malaysia Yang Mesti Anda Kunjungi. Sumber: jomjalan

Pada 1963, Yong terserempak dengan seorang warga Indonesia yang menjual buaya air masin muda (Crocodylus porosus). Tanpa banyak bicara, Yong terus membeli kesemua enam reptilia tu untuk ditambah pada koleksi kambing dan haiwan lain yang dipeliharanya.

Ladang semakin membesar setelah usaha Yong dan anak-anaknya membiakkan buaya berhasil

Selepas mendapat enam ekor buaya muda tersebut, Yong yang begitu tertarik dengan reptilia membuat keputusan untuk membiakkan mereka. Pada 1964, beliau menambah lagi 19 ekor buaya muda, menjadikan jumlah koleksinya pada ketika itu sebanyak 25 ekor. Kesemua buaya tersebut disimpan dalam kolam di tanah seluas satu ekar milik keluarganya di Jalan Chawan, Kuching. Enam belas tahun kemudian pada 1979, keluarga Yong beli tanah seluas 2 setengah ekar di Siburan, lebih kurang 18 batu dari Kuching.

Setelah buaya ini membiak sehingga 500 ekor buaya pembiak, ladang ini sekali lagi berpindah ke tanah seluas 25 ekar yang lebih luas. Itulah tapak Ladang Buaya Jong yang anda lihat pada hari ini. Menarik kan?

Dipercayai, lebih 1,000 ekor buaya dari tiga spesies yang berbeza, iaitu Buaya Air Masin, Buaya Siam dan Buaya Hibrid. Difahamkan ladang ini bermula dengan sepasang buaya hibrid. Namun kini, melalui program pembiakan secara kurungan, terdapat ribuan ekor buaya di ladang tersebut.

Kredit: CPH Travel

Ditempatkan dalam pelbagai peringkat pertumbuhan, anak buaya hingga buaya dewasa

Malah, pelawat boleh melihat buaya dalam pelbagai peringkat pertumbuhan. Anak buaya dan buaya muda ditempatkan dalam kandang konkrit tertutup, manakala buaya dewasa yang besar diletakkan dalam parit terbuka yang dipisahkan dengan dinding konkrit rendah.

Semasa waktu pemberian makan, petugas akan berjalan di atas pondok berdekatan sungai sambil menggantung potongan ayam untuk memberi makan buaya.

Acara memberi makan buaya inilah yang menjadi persembahan buaya yang sering dinanti-nantikan oleh para pelawat. Peluang ini membolehkan pelawat melihat rahang kuat dan gerakan ‘kilat’ buaya dari dekat.

Kredit: CPH Travel

Mempersembahkan sejarah buaya

Selain persembahan buaya, ladang ini juga mempunyai pameran tentang biologi buaya dan sejarah penternakan buaya di Sarawak. Terdapat juga kedai cenderamata yang menjual barangan bertemakan buaya.

Dalam pada itu, ladang ini turut mempunyai mini zoo, muzium buaya, dan banyak lagi haiwan-haiwan lain di ladang tersebut, memetik sumber.

Dengan pertunjukan buaya yang unik dalam persekitaran semula jadi, Jong Crocodile Farm menyediakan pengalaman yang menarik untuk pelancong melawat Kuching. Menurut sumber, ini adalah waktu, harga dan cara untuk pergi ke Jong Crocodile Farm.

Harga Tiket dan Waktu Operasi

Waktu Operasi:

  • Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang
  • Persembahan pemberian makan pada jam 11:00 pagi dan 3:00 petang

Harga tiket:

Warganegara (myKad /myKid):

  • Dewasa: RM 20 per pax.
  • Kanak-kanak 3 ke 11 tahun: RM 10 per pax.
  • Kanak-kanak bawah 3 tahun: Percuma.
  • OKU yang mempunyai kad OKU: Percuma.

Pelancong luar:

  • Dewasa :RM 40.00
  • Kanak-kanak: RM20.00

Cara ke sana dari Kuching:

  • Dengan kereta/teksi/Grab: Ikut Jalan Datuk Mohammad Musa ke utara. Nampak papan tanda ladang buaya di sebelah kiri selepas 11KM.
  • Boleh juga daftar lawatan melalui agen pelancongan tempatan. Paling mudah untuk pelancong.
  • Cara terbaik ke sini ialah dengan kenderaan sendiri. Walaupun Jong Crocodile Farm ini cuma 30 km dari pusat bandar Kuching, anda perlukan lebih kurang 40 minit juga untuk ke sini.

Jadi, ladang buaya ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Dalam pada itu, harga tiket bermula harga RM20 hingga RM40. Bagi perjalanan dari Kuching ke tempat tersebut, boleh menaiki kereta sendiri, teksi atau Grab.

Untuk lebih banyak pilihan tempahan aktiviti, penerbangan dan penginapan anda ke Sarawak, anda boleh menempah melalui butang berikut:

Pakej Aktiviti Klook
Tempah pakej aktiviti di Sarawak dengan harga terendah yang dijamin.
Tempah Di Sini
Hotels Combined
Harga runtuh hotel dan tempat penginapan di Kuching
Tempah Di Sini

Tempah Tiket Penerbangan ke Sabah dan Sarawak

Beli Sekarang
Beli Sekarang

Lagi artikel berkaitan buaya yang menarik untuk anda baca:

Kenali Buaya Raksasa Bujang Belawai Yang Turut Digelar Raja Melanau
https://www.iloveborneo.my/kenali-lagenda-bujang-senang-buaya-ketiga-terbesar-di-dunia/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terputus Hubungan Jalan, Netizen Gesa Pihak Berwajib Percepat Kerja Pembaikan Jalan Di Buso Terputus Hubungan Jalan, Netizen Gesa Pihak Berwajib Percepat Kerja Pembaikan Jalan Di Buso
Next Article Pulau Ketiga Terbesar Di Dunia, Ketahui Sejarah Pulau Borneo Pulau Ketiga Terbesar Di Dunia, Ketahui Sejarah Pulau Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?