• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

J&T Kuching Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah

Oleh
Nazihah AN
7 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
J&T Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah

Kecurian barang di kurier Malaysia J&T

J&T Kuching Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah. Isu barang hilang oleh kurier yang tidak bertanggungjawab memang selalu kita dengar. Terutama ketika kita mendengarnya dari kurier J&T, kerana banyak masalah pekerja J&T mencuri barang, pekerja J&T merosakkan barang, membuang barang dan masalah lain acap kali berlaku.

Isi Isi Penting
  • Kecurian barang di kurier Malaysia J&T
  • Barang yang diterima hanyalah kotak barang tanpa isi
  • Dalam masa 3 hari berturut-turut sudah ada 3 aduan yang di kongsi di laman Facebook.
  • Lagi di sini:

Dalam masa minggu ini sahaja telah tular 3 aduan di sosial media berkenaan dengan kurier Malaysia iaitu J&T di Kuching berkenaan dengan kes disyaki kecurian barang. Mereka sepatutnya menerima barang dalam keadaan yang sempurna namun, barang yang diterima kebanyakannya hanyalah tinggal plastik parcel dan kotak barang tersebut.

Baru-baru ini, sebilangan netizen meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati di Facebook kerana pekerja J&T mencuri barangnya ketika menggunakan perkhidmatan ekspres J&T. Mereka memuat naik status di Facebook untuk memaklumkan kekesalan mereka terhadap servis tidak memuaskan dari J&T.

J&T Kuching Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah
J&T Kuching Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah

Barang yang diterima hanyalah kotak barang tanpa isi

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook yang bernama Min Ngadimin ini, beliau menunjukkan barang yang diterima dalam keadaan yang tidak sempurna. Beliau juga memuat naik gambar yang diterima. Dapat dilihat, barang yang sampai hanyalah kotak tanpa isi dan dibalut dengan bubble wrap. Beliau juga menyatakan barang yang dipesan beliau tersangkut selama 3 minggu di J&T Semariang.

Kesal dengan kecuaian pekerja J&T, beliau meluahkan rasa kesal di Facebook:

Bukan itu sahaja, seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Muazzam Sapari, juga meluahkan rasa kesal di Facebook beliau. Dikatakan bahawa barang yang diterima jelas kotak yang berbeza dengan barang yang telah dipesan beliau. Barang didalam kotak tersebut juga hilang.

Selain itu, pengguna akaun Facebook Razalie Hussaini juga menyatakan kekesalan beliau apabila melihat barang yang diterima sudah koyak dengan isi barang hilang. Parcel yang koyak tersebut hanyalah diselotep kembali sebelum dihantar ke rumah beliau. Barang yang tersangkut dari 11 Jun hingga 5 Julai, namun yang diterima hanyalah parcel kosong.

Di ruangan komen juga terdapat pengguna kurier J&T yang lain menyatakan kekesalan mereka yang telah tersangkut lama di J&T tempat mereka. Ada juga kesan kotak yang hampir dibuka seolah-olah hampir dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

J&T Kuching Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah
Isu barang hilang oleh kurrier yang tidak bertanggungjawab memang selalu kita dengar.
J&T Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah
J&T Kuching Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah
J&T Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah
J&T Kuching Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah

Dalam masa 3 hari berturut-turut sudah ada 3 aduan yang di kongsi di laman Facebook.

Bagi sebuah syarikat kurier, pihak mereka seharusnya mengawasi tatatertib dan disiplin pekerjanya dan sentiasa membuat double-check sebelum dihantar ke tuannya. Mungkin ada membeli untuk keperluan mereka dalam PDPR, ataupun untuk mereka yang WFH sepanjang PKP ini, kita tidak tahu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jaminan Lulus Serta Merta, Permohonan Moratorium Dibuka Mulai Hari Ini
Next Article Rakan Dedah Sisi Baik "Dr Shah" Yang Memang Minat Dunia Perubatan Sehingga Berjaya Tubuh Persatuan Belia Rakan Dedah Sisi Baik ‘Dr. Shah’ Yang Memang Minat Dunia Perubatan Sehingga Berjaya Tubuh Persatuan Belia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?