• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menang Perak Olimpik, Restoran Ini Tawarkan Laksa Sarawak Percuma Selama Setahun Buat Datuk Azizulhasni

Oleh
Ismail NA
8 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Laksa Sarawak memang rare kat Semenanjung!

Menang Perak Olimpik, Restoran Ini Tawarkan Laksa Sarawak Percuma Selama Setahun Buat Datuk Azizulhasni. Perjuangan Datuk Azizulhasni Awang di Olimpik Tokyo 2020 baru sahaja berakhir sebentar tadi apabila beliau menduduki tempat kedua saingan dalam acara keirin sekaligus mendapat pingat perak buat kontinjen Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Laksa Sarawak memang rare kat Semenanjung!
  • Bukan satu dua kali, tapi Laksa Sarawak untuk satu tahun!
  • Trend ini mula tular apabila atlet Filipina menang emas
  • Baca juga kisah menarik tentang Kek Lapis Sarawak ini :

Walaupun tidak mencapai pingat emas seperti yang diidamkan olehnya, namun pencapaian ini tetap sesuatu yang membanggakan buat rakyat Malaysia yang sentiasa berada di belakang atlet negara dan menyokong mereka di temasya sukan tertua dunia itu.

Menang Perak Olimpik, Restoran Ini Tawarkan Laksa Sarawak Percuma Selama Setahun Buat Datuk Azizulhasni

Bukan satu dua kali, tapi Laksa Sarawak untuk satu tahun!

Sehubungan itu, sebuah restoran makanan Sarawak iaitu Kedey Kamek telah menawarkan hidangan Laksa Sarawak percuma buat Datuk Azizulhasni. Menariknya, tawaran ini tidak terhad kepada satu kali sahaja tetapi sebaliknya Datuk Azizulhasni boleh menikmati hidangan ikonik Sarawak itu selama satu tahun!

Tawaran tersebut telah diumumkan oleh Facebook rasmi Kedey Kamek. Untuk pengetahuan anda, Kedey Kamek merupakan salah satu cawangan restoran berasaskan makanan Sarawak yang turut bertapak di Kuala Lumpur. Secara lebih spesifiknya, di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Menang Perak Olimpik, Restoran Ini Tawarkan Laksa Sarawak Percuma Selama Setahun Buat Datuk Azizulhasni
Menang Perak Olimpik, Restoran Ini Tawarkan Laksa Sarawak Percuma Selama Setahun Buat Datuk Azizulhasni. Sumber : FB Kedey Kamek
Menang Perak Olimpik, Restoran Ini Tawarkan Laksa Sarawak Percuma Selama Setahun Buat Datuk Azizulhasni
Sumber : FB Kedey Kamek

Setakat ini, hanya Kedey Kamek yang dilihat menawarkan insentif ini kepada atlet negara yang memenangi pingat. Mana tahu, mungkin selepas ini ada yang mengikut jejak langkah Kedey Kamek ini sebagai tanda penghargaan buat atlet negara yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk sampai ke tahap itu.

Trend ini mula tular apabila atlet Filipina menang emas

Trend berupa insentif servis dan perkhidmatan kepada atlet yang berjaya memenangi pingat ini mula tular sejak kemenangan atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz memenangi emas buat negaranya minggu lalu. Sejak itu, Hidilyn menerima 12 insentif berupa wang tunai, tawaran menu percuma, rumah malah penerbangan percuma seumur hidup.

Menang Perak Olimpik, Restoran Ini Tawarkan Laksa Sarawak Percuma Selama Setahun Buat Datuk Azizulhasni
Sumber : The Filipino Times

Laksa Sarawak juga merupakan hidangan yang boleh dikatakan rare di Semenanjung kerana ia memerlukan pes Laksa Sarawak khas. Bukan itu sahaja, untuk mendapatkan Laksa Sarawak yang memang cun dan asli, anda harus bertandang ke restoran Sarawak seperti Kedey Kamek ini. Kalau nak juga buat sendiri, anda boleh cuba resipi yang pernah kami siarkan ini. Confirm sedap punya! :

Baca juga kisah menarik tentang Kek Lapis Sarawak ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jumpa Gambar Orang Dicucuk Jarum Di Tanah Kubur Miri, Lelaki Ini Syak Mangsa Terkena Ilmu Hitam
Next Article Siti Sarah Raissudin Meninggal Dunia Akibat COVID19 Siti Sarah Raissudin Meninggal Dunia Akibat COVID19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?