• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Jumpa Kotak PS5 Tepi Tong Sampah, Lelaki Ini Berjaya Menjualnya Dengan Harga RM91

Oleh
ILB - AI
21 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Jumpa Kotak PS5 Tepi Tong Sampah, Lelaki Ini Berjaya Menjualnya Dengan Harga RM91

Peluang perniagaan

Jumpa Kotak PS5 Tepi Tong Sampah, Lelaki Ini Berjaya Menjualnya Dengan Harga RM91. Ketika Playstation 5 (PS5) dilancarkan baru-baru ini, banyak pemain gemar dilihat membelinya, menginginkannya, atau menunggu harga turun untuk mendapatkannya.

Untuk lelaki ini, temuan kotak PS5 di tong sampah memberinya idea untuk sebuah peluang perniagaan!

Jumpa Kotak PS5 Tepi Tong Sampah, Lelaki Ini Berjaya Menjualnya Dengan Harga RM91

Kotak PS5 pun jadi lah

Seorang lelaki dari Singapura, Leslie Koh, berkongsi kegembiraannya melalui Facebook ketika dia mengumumkan bahawa dia berjaya menjual sebuah kotak PS5 YANG KOSONG dengan harga SGD30 (bersamaan dengan RM91.22)!

I SOLD AN EMPTY BOX FOR $30!On Thursday, I was going to my void deck to throw some rubbish when I spotted a pristine…

Posted by Leslie Koh on Saturday, December 19, 2020

Menurut Leslie, dia menjumpai sebuah kotak PS5 kosong berhampiran dengan tong sampah. Oleh kerana kotak itu masih dalam keadaan baik, dia memutuskan bahawa ia boleh menjadi idea bagus untuk menjualnya kepada pembeli yang ingin menggunakannya sebagai prank Krismas ini!

Dia membawa kotak kosong itu kembali ke rumah dan kemudian mengambil gambar kotak itu untuk dimuat naik dalam Carousell, sebuah laman e-dagang.

Penerangan yang menyatakan bahawa kotak PS5 itu kosong dan boleh menjadi hadiah gurauan. Kredit: Facebook

Walapun hanya bereksperimen sahaja ketika memuat nait gambar-gambar kotak itu menerusi Carousell, yang mengejutkan, kotak itu mendapat pembeli!

Seorang pengguna Carousell berminat untuk membeli kotak kosong itu. Kredit: Facebook

Modal RM0, untung RM91.22

Walaupun tidak membeli PS5 asal itu, dia berjaya menghasilkan RM91.22 daripada ‘sampah’ orang lain!

Kredit: Facebook

Leslie kemudian mengakhiri ciapan beliau dengan menyatakan bahawa peluang ada sahaja dimana-mana, kita perlu melihat dengan luas serta sentiasa cuba kerana jika kita tak cuba, kita tak akan tahu. Think out of the box!

Niat asal hanya untuk eksperimen, tetapi dia berjaya memperoleh keuntungan dari penjualan itu. Dan kepada penerima ‘hadiah PS5’ itu, harap-harap dia tak ambil hati sekiranya mengetahui bahawa ‘hadiah’ dia sebenarnya kotak kosong!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article KWSP Tetapkan Permohonan I-Sinar Dalam Talian Dibuka Mulai Hari Ini
Next Article Bakal Ibu Mentua Ditetak Hingga Mati, Lelaki Mengamuk Kerana Putus Tunang Bakal Ibu Mentua Ditetak Hingga Mati, Lelaki Mengamuk Kerana Putus Tunang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?