• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

KWSP Tetapkan Permohonan I-Sinar Dalam Talian Dibuka Mulai Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
21 Disember 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.

KWSP Tetapkan Permohonan I-Sinar Dalam Talian Dibuka Mulai Hari Ini. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan permohonan i-Sinar dalam talian dibuka bermula hari ini.

Isi Isi Penting
  • Terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.
  • Dokumen sokongan diperlukan
  • Kemukakan sebarang dokumen sokongan seperti penyata bank
  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat

Bagi tujuan tersebut, terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.

Bagi kategori yang pertama, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi kategori pertama adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih lagi bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

KWSP Tetapkan Permohonan I-Sinar Dalam Talian Dibuka Mulai Hari Ini
KWSP Tetapkan Permohonan I-Sinar Dalam Talian Dibuka Mulai Hari Ini

Dokumen sokongan diperlukan

Bagi kategori ini, tiada dokumen sokongan diperlukan, kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori kedua pula meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan ini, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

KWSP Tetapkan Permohonan I-Sinar Dalam Talian Dibuka Mulai Hari Ini

Kemukakan sebarang dokumen sokongan seperti penyata bank

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan dan ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Tambah KWSP juga, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Selain itu, KWSP berkata jumlah kelayakan untuk mengeluarkan wang dari i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

KWSP Tetapkan Permohonan I-Sinar Dalam Talian Dibuka Mulai Hari Ini

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1 dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Seterusnya, ahli KWSP digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaction authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif.

Seramai lapan juta ahli KWSP layak memohon i-Sinar.

Kredit: Awani

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cipta Mesin Pintar Untuk Memasak, Startup Sarawak Ini Menang Geran Setengah Juta
Next Article Jumpa Kotak PS5 Tepi Tong Sampah, Lelaki Ini Berjaya Menjualnya Dengan Harga RM91 Jumpa Kotak PS5 Tepi Tong Sampah, Lelaki Ini Berjaya Menjualnya Dengan Harga RM91

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?