• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu

Oleh
Nazihah AN
17 Februari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu

Salute lah dengan brader ni, tenang je dia selesaikan masalah

Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu. Baru-baru ini telah tular di laman Tiktok, di mana individu memuatnaik video memaparkan bahawa mereka terjumpa sesuatu dalam hidangan mereka di salah sebuah restoran yang terkenal di Kuching.

Video ini bahkan menjadi bualan hangat netizen Sarawak di laman sosial sekaligus mendapat perhatian ramai apabila kedua-dua belah pihak berjaya menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu
Kredit: Youtube Leaving The Nest

Beliau turut singgah ke Sarawak untuk mencuba pelbagai hidangan unik di sini

Individu tersebut merupakan seorang vlogger dan juga traveller yang berasal dari Damansara. Beliau juga popular di laman sosial kerana konten beliau yang berkongsi pengalaman untuk mengembara ke luar negara dan meraih sebanyak 11.3K pengikut di Youtube.

Dalam kongsian video tersebut, beliau berkongsi pengalaman semasa ke salah sebuah restoran yang di recommend oleh majoriti rakyat Sarawak sendiri. Beliau sekeluarga telah memesan beberapa jenis lauk dan antaranya adalah kerabu midin untuk dicuba.

Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu
Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu

Terjumpa ulat sayur dalam lauk kerabu midin

Dalam video berdurasi 23 saat, beliau menemui ulat sayur di dalam pinggan semasa sedang menjamah kerabu midin.

Masa dekat Sarawak kami singgah di kedai makan yang sangat terkenal. Ramai yang rekemen makan kedai. Rasa makanan sedap, harga agak pricey tapi padan dengan portion lah kan..”

Namun, tindakan beliau sebagai seorang pelanggan telah menarik perhatian ramai sekaligus raih pujian atas sikap beliau yang tenang memberitahu pekerja di restoran tersebut. Lihat video penuh di bawah:

@leaving_the_nest Masa dekat Sarawak kami singgah di kedai makan yang sangat terkenal. Ramai yang rekemen makan kedai. Rasa makanan sedap, harga agak pricey tapi padan dengan portion lah kan.. Cuma ada benda yang tak enak dipandang bila ada sekor ulat yang hidup bergerak kesana kemari dalam pinggan Sufia makan. Kami syak dari lauk Kerabu Midin sebab tu ulat sayur. Dan Kerabu biasanya tak dimasak. Benda bukan selalu jadi. Memang ni mistake dari pihak restoran tapi bukan sengaja pun. So kitorang pejam mata jer. Cuma aku terpaksa panggil pelayan dia untuk amik pinggan Sufia sebab meja kami penuh. Dan sambil tu aku selit sikit pasal ulat tadi. Surprisingly, pihak restoran nak waive jer menu tu dari bill. Aku cakap tak payah. Sebab bukan sengaja cuma next time kena hati-hati. #travelwithkids #sarawakfood #kuchingsarawak #cuticutimalaysia ♬ Original Sound – Unknown

Dalam video tersebut, beliau memanggil salah seorang pekerja untuk mengambil pinggan tersebut, dan memberitahu terdapat ulat sayur dalam lauk mereka. Rasa bersalah atas kecuaian pihak mereka, pekerja memberitahu bahawa mereka akan tolak harga kerabu midin dari senarai pesanan pelanggan atas kecuaian mereka sendiri.

Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu
Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu. Sumber: Tiktok Leaving The Nest

Namun, beliau menolak dan memaafkan kecuaian mereka untuk menyelesaikan isu tersebut.

Dia ada cakap dia nak cancel Kerabu Midin daripada list yang kitorang order. Tapi aku cakap takyahlah.. Benda bukan senagaja, tapi bagusla dia ada responsibility dengan mistake yang dia buat”

Di media sosial, netizen turut memberikan komen positif mengenai cara kedua belah pihak menyelesaikan isu ini. Banyak yang memuji tindakan restoran yang cepat dan proaktif mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jumpa Ulat Sayur Dalam Lauk Midin, Netizen Puji Cara Kedua Belah Pihak Selesaikan Isu
Sumber: Tiktok Leaving The Nest

Kita patut contohi sikap brader ni, tenang je dalam selesaikan isu. Pihak restoran pun laju bertindak untuk meminta maaf kepada pelanggan atas kecuaian mereka sendiri. Sikap bertolak ansur macam ini lah yang boleh menzahirkan masyarakat harmoni 🥰👏

Lagi artikel menarik, anda boleh lihat pautan di bawah:

‘Dijaga’ Puteri Sejinjang, Dewi Seriestha Kongsi Pengalaman Mistik Semasa Penggambaran Di Santubong
Dicas RM72 Untuk Ikan Dan Sayur, Netizen Dakwa Vlogger Dari UK Ini Ditipu Di Pasar Filipina Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kini Di Kuching, Ramai Muat Naik Gambar Terserempak Dengan KJ
Next Article Hujan 12 Jam Tanpa Henti, Penduduk Kampung Buntal Kongsi Keadaan Rumah Musnah Akibat Ribut Hujan 12 Jam Tanpa Henti, Penduduk Kampung Buntal Kongsi Keadaan Rumah Musnah Akibat Ribut

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?