• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Jadi Jururasa Kaki Ayam, Syarikat Ini Tawar Gaji Lumayan Sebanyak RM 13,000

Oleh
Husna Hazmi
25 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Gaji lumayan buat jururasa kaki ayam

Jadi Jururasa Kaki Ayam, Syarikat Ini Tawar Gaji Lumayan Sebanyak RM 13,000. Dilaporkan bahawa sebuah syarikat makanan di wilayah Zhejiang, China telah berjaya menarik perhatian orang ramai setelah mengeluarkan iklan mencari jururasa kaki ayam di media sosial.

Dikatakan syarikat berkenaan ingin mencari pekerja yang ditugaskan untuk merasai pelbagai jenis hidangan kaki ayam dengan tawaran gaji yang amat lumayan.

Jadi Jururasa Kaki Ayam, Syarikat Ini Tawar Gaji Lumayan Sebanyak RM 13,000
Jadi Jururasa Kaki Ayam, Syarikat Ini Tawar Gaji Lumayan Sebanyak RM 13,000

Perlu makan kaki ayam untuk sarapan pagi dan makan tengah hari

Calon yang terpilih buat pekerjaan ini dikehendaki untuk makan kaki ayam buat sarapan pagi dan makan tengah hari dengan bayaran antara 15,000 yuan (RM9,833) hingga 20,000 yuan (RM13,110).

Had usia atau tidak ditetapkan tetapi calon perlu sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam memakan kaki ayam dan pelbagai makanan lain.

Jadi Jururasa Kaki Ayam, Syarikat Ini Tawar Gaji Lumayan Sebanyak RM 13,000

Hampir 2,000 resume diterima

Iklan pekerjaan tersebut telah disahkan oleh pegawai sumber manusia syarikat berkenaan yang dikenali sebagai Wu. Syarikat mereka telah menerima hampir 2,000 resume dan menyenarai pendek empat calon akhir.

Menurut Wu, calon yang dipilih juga perlu memberi cadangan kepada syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna dalam menambah baik dan membangunkan produk pada masa hadapan.

Untuk pengetahuan, kaki ayam adalah salah satu sajian yang agak biasa dimakan oleh orang Asia terutamanya di China. Sajian unik kaki ayam ini dikatakan mempunyai banyak khasiat dan mengandungi banyak kolegen buat kulit awet muda.

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

Wanita Kembang Tekak, Peniaga Tak Jujur Guna Isi Ayam Busuk Dalam Kuetiau Goreng
Ubahsuai Saga Jadi Hailak, Gelagat Lelaki Dari Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aplikasi Ini Membolehkan Anda Tempah Hotel Ikut Jam, Boleh Check In Seawal 8 Pagi
Next Article Port Makanan Laut Hidden Gem, Anda Perlu Cuba Restoran Bako Seafood Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?