• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Aplikasi Ini Membolehkan Anda Tempah Hotel Ikut Jam, Boleh Check In Seawal 8 Pagi

Oleh
Ismail NA
24 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Flow, aplikasi tempahan hotel mengikut jam

Aplikasi Ini Membolehkan Anda Tempah Hotel Ikut Jam, Boleh Check In Seawal 8 Pagi. Anda tahu tak sebenarnya anda tak perlu membayar harga penuh satu malam untuk berehat selama beberapa jam di bilik hotel yang selesa? Aplikasi baharu, Flow membawa angin baru dalam dunia perhotelan di Malaysia dengan konsep yang sangat unik – tempahan hotel berdasarkan jam! Ya, betul, tempahan ikut jam!

Penemuan aplikasi ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang mengalami kesukaran untuk menempah hotel dengan waktu check-in pada awal pagi. Seperti semua sedia maklum, kebanyakan hotel mahupun inn di Malaysia memiliki polisi waktu check-in bermula jam 2 petang.

Aplikasi Ini Membolehkan Anda Tempah Hotel Ikut Jam, Boleh Check In Seawal 8 Pagi
Aplikasi Ini Membolehkan Anda Tempah Hotel Ikut Jam, Boleh Check In Seawal 8 Pagi

Satu kelegaan untuk pengembara yang hanya ingin berehat beberapa jam

Walau bagaimanapun, bagi pengembara yang hanya memerlukan tempat untuk berbaring dan berehat selama beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, fleksibiliti tempoh penginapan dan waktu check-in tentunya sesuatu yang sangat-sangat berharga.

Namun, selalunya fleksibiliti ini tidak terdapat pada laman tempahan penginapan biasa dan anda perlu menghubungi hotel itu sendiri bagi memastikan bahawa anda boleh check-in mengikut masa anda.

Justeru, aplikasi Flow ini telah memberikan satu kelegaan untuk mereka yang hanya ingin berehat di bilik yang selesa tanpa perlu membayar harga penuh untuk satu malam. Aplikasi ini memberikan anda pilihan untuk menginap di hotel bajet sehinggalah hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia.

Aplikasi Ini Membolehkan Anda Tempah Hotel Ikut Jam, Boleh Check In Seawal 8 Pagi

Pengalaman penulis menempah hotel menerusi aplikasi ini

Menerusi pengalaman penulis yang pertama kali menggunakan aplikasi ini untuk transit di Kuala Lumpur sebelum berangkat ke destinasi seterusnya, ia sangat mudah dan mesra pengguna. Pilihan hotel juga agak banyak, dan kebanyakannya berada di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, di mana kemudahan pengangkutan awam lebih kerap dan dekat.

Penulis telah memilih Citin Hotel, yang lokasinya dekat dengan Jalan TAR, bersebelahan Masjid Jamek, dan hanya 100 meter dengan LRT Masjid Jamek. Untuk penginapan selama 8 jam (8 pagi hingga 4 petang), hanya perlu membayar sejumlah RM 43 sahaja (selepas menggunakan baucer RM 12 pengguna pertama kali). Bukan saja berbaloi, tetapi penjimatan yang sangat berpatutan.

Aplikasi Ini Membolehkan Anda Tempah Hotel Ikut Jam, Boleh Check In Seawal 8 Pagi

Impresi pertama penulis: Sangat kagum sebab banyak hotel butik dan hotel 5 bintang (yang kebanyakannya kalau tempah untuk harga satu malam, boleh mencecah sehingga RM 400 ke atas). Ada yang boleh dapat sehingga separuh harga untuk tempoh penginapan selama 4 ke 8 jam untuk bilik 2 katil single atau 1 katil queen. Not bad kan?

Pengguna kali pertama dapat baucer tunai RM 12

Lebih menarik, pengguna pertama kali bakal diberikan baucer tunai sebanyak RM 12 sekiranya mendaftar dengan kod promosi ini:

Oxpp4gjUPF

Baucer khas ini boleh digunakan terus untuk tempahan pertama anda atau boleh disimpan untuk tempahan seterusnya. Anda boleh muat turun aplikasi Flow di sini:

Apple App Store 👉🏻 https://apps.apple.com/my/app/flow-hotel-workspace-by-hour/id1257818009
Google Play Store 👉🏻 https://play.google.com/store/apps/details?id=com.flowtheroom.userapp&pcampaignid=web_share

Setakat ini, aplikasi ini sudah tersedia untuk penginapan hotel di sekitar Lembah Klang, Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Ipoh. Kalau di luar negara pula, aplikasi ini boleh digunakan di Hong Kong, Macau, Singapura dan Vietnam.

Satu rekomendasi, mungkin boleh diperluaskan ke Sabah dan Sarawak sebab kadang-kadang, ada juga yang singgah ke beberapa bahagian di wilayah ini setelah melalui perjalanan panjang seperti road trip.

Lagi aplikasi yang mungkin berguna untuk anda:

Aplikasi Untuk Semak Status Halal Makanan Dan Minuman Jika Di Luar Negara
Aplikasi E-Wallet Yang Boleh Anda Gunakan Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Ini Kongsi Itinerari Bajet Dari Kuching Ke Hatyai
Next Article Jadi Jururasa Kaki Ayam, Syarikat Ini Tawar Gaji Lumayan Sebanyak RM 13,000

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?