Sempena sambutan Gawai di Sarawak, juruterbang membuat pengumuman dalam Bahasa Iban
Juruterbang AirAsia Menarik Perhatian Netizen, Buat Pengumuman Penerbangan Dalam Bahasa Iban. Pengumuman syarikat penerbangan biasanya dibuat dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin. Namun, penerbangan kali ini sangat unik, dibuat dalam Bahasa Iban sempena sambutan Gawai di Sarawak.
Menurut sumber, dalam satu penerbangan AirAsia baru-baru ini, juruterbang Daryll Ambang Tanjong telah menarik perhatian penumpang apabila dia membuat pengumuman dalam bahasa Iban.
Video pengumumannya dimuat naik di akaun Instagramnya @jungleboy_ambang tiga hari lalu dan menjadi tular di media sosial, khususnya di kalangan rakyat Sarawak dan Sabah.
Pengumuman dalam Bahasa Iban
“Selamat tengah ari ngagai bala penumpang AirAsia. Aku Daryll Ambang, First Officer kitak saritu sama mega enggau aku ba ditu, iya nya, Capt Adi. Aku deka ngenatai ka info mimit ngagai kita saritu. Kitai diatu benung terbai ba peninggi 20,000-23,000 kaki ari aras laut, enggau pengelaju lebih kurang 820km/jam. Kitai deka datai ba airport Bintulu jam 2:00pm tu legi. Gaya ari ba menua Bintulu direpot ka mana enggau pengangat 32 degree Celcius.
“Aku ngarika AirAsia, Captain Adi, deka ngenatai ka ucapan trima kasih nggai bala kita laban udah milih AirAsia. Kena aku ngabis ke jaku aku, aku deka madah ka selamat datai ke Bintulu. Ngagai bala kitak ke nyambut Ari Gawai… Aku deka merik Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua. Sramat Ondu Gawea, and to all the Sabahans, Kotobian Tada Tagazo Do Kaamatan. Sekali lagi, semoga hari anda baik. Terima kasih,” ujar Ambang melalui perkongsian video tersebut di dalam Instagram.
Kapsyen yang ditulis oleh juruterbang Daryll
Juruterbang, Daryll yang berasal dari Kuching, menulis kapsyen video itu: “Sebagai anak jati Sarawak, saya amat berbesar hati kerana telah membuat pengumuman penerbangan dalam bahasa ibunda saya, iaiti bahasa Iban. Pastinya bukan mudah untuk melakukannya dalam penerbangan, tetapi saya tetap melakukannya.
“Terima kasih @adi.marzriwan AKA @bangkept, kerana membenarkan saya melakukan pengumuman itu. Kepada yang meraikan, Selamat Hari Gawai & Selamat Kaamatan!” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Netizen bangga dengan pengumuman tersebut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bangga dengan pengumuman juruterbang tersebut dalam Bahasa Iban serta mengatakan untuk teruskan berbuat demikian di masa depan supaya masyarakat tahu tentang bahasa Iban.
Seorang netizen turut mengulas bahawa tindakan Daryll mengalu-alukan penumpang di atas kapal itu sungguh terharu dan dia melakukan kerja yang menakjubkan.