• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pekerja Shopee Express Main Campak Dan Buka Bungkusan, Gelakkan Pelanggan Beli Pisang

Oleh
ILB - AI
1 Jun 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Campak dan buka ‘parcel’ pelanggan, tindakan pekerja penghantar barangan ini dikecam netizen

Pekerja Shopee Express Main Campak Dan Buka Bungkusan, Gelakkan Pelanggan Beli Pisang. Satu hantaran video viral di Twitter yang memaparkan gelagat pekerja Shopee Express ketika membuka bungkusan milik pelanggan.

Menerusi perkongsian video itu, seorang daripada pekerja itu dilihat memegang bungkusan pelanggan yang dibuka sebelum ini dengan sebelah tangan lagi memegang pisang yang dipercayai terkeluar dari bungkusan itu.

Manakala, seorang lagi pekerja diperhatikan membaling bungkusan pelanggan ke arah rakan yang sedang ketawa.

Pekerja Shopee Express Main Campak Dan Buka Bungkusan, Gelakkan Pelanggan Beli Pisang
Sumber: Twitter

“Kenapa buka parcel orang? Takkan parcel tu terkoyak? Ada sesiapa yang tahu mengenai perkara ini?,” demikian kapsyen yang ditulis.

Rata-rata netizen marah

Perkongsian itu mencetuskan kemarahan netizen, yang menyifatkan pekerja tersebut tidak beretika dalam melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka.

“Campak-campak eh parcel orang? Lepas tu kenapa buka parcel? Boleh bagi pencerahan tak kenapa perlu buka parcel orang?,” kata salah seorang pengguna Twitter.

Pekerja Shopee Express Main Campak Dan Buka Bungkusan, Gelakkan Pelanggan Beli Pisang
Sumber: Twitter

“Sewaktu interview pekerja, tapis pekerja yang betul-betul ikhlas bekerja. Jangan cakap tak boleh tahu perangai. Attitude macam ni kita boleh tahu even waktu mereka bercakap,” kecam pengguna Twitter lagi.

Pihak Shopee Express akan menyiasat perkara tersebut

Berikutan dengan kecaman bertalu-talu itu, pihak Shopee Express memohon maaf atas perbuatan tersebut melalui Twitter. Malah, mereka juga berjanji untuk menyiasat rakaman viral itu.

https://twitter.com/twtbiy/status/1663524481904812032?s=20

“Kami maklum tentang isu ini. Pihak berkenaan kami sedang menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam dan tindakan sewajarnya akan diambil. Terima kasih di atas maklum balas anda,” ujar pihak Shopee Express.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Terima Pesanan Makanan Jam 2 pagi, Pelanggan Nak Hisap Rider ‘Punya’
2 Hari Cirit-Birit, Pelanggan Dedah Ulat ‘Bersarang’ Dalam Botol Kicap Di Kedai Sushi Terkenal
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Juruterbang AirAsia Menarik Perhatian Netizen, Buat Pengumuman Penerbangan Dalam Bahasa Iban
Next Article Kerajaan Negeri Cadang Borneo Samariang Water Park Dihidupkan Semula Buat Pengunjung Kerajaan Negeri Cadang Borneo Samariang Water Park Dihidupkan Semula Buat Pengunjung

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?