• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Juruterbang Pelatih Meninggal Dunia Selepas Dahi Digigit Nyamuk

Oleh
ILB - AI
12 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Juruterbang Pelatih Meninggal Dunia Selepas Dahi Digigit Nyamuk

Juruterbang pelatih terbabit dilaporkan meninggal dunia 5 hari selepas digigit nyamuk di bahagian dahinya

Juruterbang Pelatih Meninggal Dunia Selepas Dahi Digigit Nyamuk. Dilaporkan seorang juruterbang pelatih meninggal dunia selepas dahinya digigit nyamuk yang menyebabkan jangkitan merebak ke otak.

Wanita berkenaan dilaporkan meninggal dunia hanya 5 hari selepas digigit, di Antwerp, Belgium.

Juruterbang Pelatih Meninggal Dunia Selepas Dahi Digigit Nyamuk
Juruterbang Pelatih Meninggal Dunia Selepas Dahi Digigit Nyamuk

Sedang menjalani latihan bagi melayakkannya sebagai juruterbang syarikat penerbangan komersial

Menurut laporan, Oriana Pepper, 21 tahun, sedang menjalani latihan bagi melayakkannya sebagai juruterbang syarikat penerbangan komersial ketika meninggal dunia.

Wanita dari Bury St Edmunds di Suffolk itu dilaporkan digigit nyamuk di dahinya, pada bahagian atas mata kanannya ketika di Antwerp, Belgium.

Juruterbang Pelatih Meninggal Dunia Selepas Dahi Digigit Nyamuk
Gambar sekadar hiasan.

Apabila kesan gigit terbabit membengkak dan merebak, Oriana mendapatkan rawatan di hospital pada 7 Julai lalu dan diberi beberapa antibiotik.

Namun, Oriana dihantar kembali ke hospital oleh teman lelakinya dua hari kemudian apabila ditemui rebah tetapi meninggal dunia tiga hari kemudian pada 12 Julai.

Punca kematian dilaporkan jangkitan yang merebak ke otaknya

Punca perubatan kematiannya direkodkan sebagai septic emboli dalam otak, yang merupakan penyumbatan saluran darah, dengan jangkitan bakteria yang dipanggil staphylococcus aureus dan gigitan serangga (nyamuk) di dahi turut menyumbang.

Sebelum meninggal dunia, Oriana berjaya lulus dengan cemerlang peperiksaan teorinya pada program easyJet di Oxford dan kemudian pergi ke Belgium untuk penilaian seterusnya.

Juruterbang Pelatih Meninggal Dunia Selepas Dahi Digigit Nyamuk
Kredit foto: remembr.com

Menurut koroner kanan Suffolk, Nigel Parsley, ketika membuat kesimpulan sewaktu inkues, dia berkata,

Saya tidak pernah melihat kes seperti ini sebelum ini. Ia hanyalah satu daripada perkara yang merupakan tragedi malang bagi seorang wanita muda yang jelas mempunyai kerjaya dan kehidupan yang indah di hadapannya.”

Gigitan nyamuk, walaupun tidak kelihatan serius, boleh membawa komplikasi yang mengancam nyawa seperti denggi, malaria dan sebagainya. Ia adalah sangat dinasihatkan untuk menjaga kebersihan premis anda bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk agar mengelakkan risiko gigitan nyamuk.

Lagi di sini:

SUMBER :BBC
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Filem Sejarah Brooke ‘Edge of the World’ Jadi Pembuka Epik Festival Filem Antarabangsa Malaysia 2022
Next Article Lelaki Ini 'Sound' Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Bawa Perlahan Di Lorong Kanan Jalan Pan Borneo

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?