• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji

Oleh
Ismail NA
12 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Malang buat pendatang baharu Liga Super ini.

Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji. Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji. Kelab bolasepak Sarawak United FC kini menghadapi musim yang memeritkan apabila tidak dibenarkan menukar pemain untuk 3 jendela perpindahan.

Isi Isi Penting
  • Malang buat pendatang baharu Liga Super ini.
  • Sekatan perpindahan pemain selama tiga jendela
  • Sudah diberikan masa sehingga 18 Jun, namun tiada sebarang bayaran dibuat
  • Boleh dikenakan hukuman lebih keras jika masih berlarutan

Perkara ini dilaporkan menerusi sebuah akhbar digital tempatan hari ini.

Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji
Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji

Sekatan perpindahan pemain selama tiga jendela

Sekatan perpindahan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ini melarang kelab bolasepak ini untuk proses pemindahan pemain tempatan dan juga pemain asing.

Hal ini adalah akibat daripada isu tunggakan bayaran gaji yang dihadapi oleh bekas pemain Sarawak United FC, Sandro Da Silva yang kini menuntut jumlah keseluruhan gaji dan pampasan tertunggak sebanyak RM 150,000.

Desas-desus ini akhirnya disahkan oleh peguam Sandro, Mohd Zhafri Aminurashid kepada pemberita semalam.

Sarawak United Dikenakan Sekatan Perpindahan Pemain Kerana Gagal Lunas Gaji
Sandro Da Silva. Sumber gambar: Sarawak United FC

Sudah diberikan masa sehingga 18 Jun, namun tiada sebarang bayaran dibuat

Pengurusan Sarawak United FC sebelum ini diberikan masa oleh FIFA selama 45 hari bagi melunaskan bayaran tersebut namun masa yang diberikan telah tamat pada 18 Jun lalu. Sehingga kini, tiada apa-apa bayaran disalurkan bagi menangani isu berkenaan.

Oleh yang demikian, kelab Sarawak yang kini menduduki tangga kesembilan daripada dua belas pasukan terpaksa berpuas hati dengan barisan pemain yang sedia ada sehingga tiga tempoh pendaftaran pemain berturut-turut.

FIFA tidak mempunyai pilihan selain mengenakan hukuman ini dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memastikan agar hukuman ini dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Boleh dikenakan hukuman lebih keras jika masih berlarutan

Mengulas lanjut, Zhafri memberitahu bahawa Sarawak United boleh dikenakan hukuman yang lebih berat selagi mereka tidak melunaskan tunggakan gaji dan pampasan untuk Sandro Da Silva. Antaranya seperti penolakan mata atau sekatan untuk mendaftarkan pemain.

Harap kemelut ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin oleh Sarawak United bagi memastikan prestasi kelab dan pemain dapat dipertingkatkan.

Pemain hangat Harimau Malaya, Dion Cools rupanya anak kelahiran Sarawak. Check it out:

SUMBER :BHarian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rooftop Bar Gaya Jepun Pertama Di Kuching Bakal Dibuka Ogos Ini Rooftop Bar Gaya Jepun Pertama Di Kuching Bakal Dibuka Ogos Ini
Next Article Filem Sejarah Brooke ‘Edge of the World’ Jadi Pembuka Epik Festival Filem Antarabangsa Malaysia 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?