Ini Senarai Penuh Kabinet Baru Kerajaan Malaysia 2024. Dalam satu sidang media di Bangunan Perdana Putra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai barisan Kabinet yang baru dalam barisan kepimpinan Kerajaan Malaysia.
Rombakan kabinet Anwar Ibrahim ini menyaksikan pertambahan Ahli Jemaah Menteri daripada 28 orang kepada 31 orang, pertambahan Timbalan Menteri daripada 27 orang kepada 29 orang, dan jumlah keseluruhan ahli kabinet daripada 55 orang kepada 60 orang. Selain itu, beberapa kementerian baharu juga diwujudkan dalam kabinet baru ini, hasil daripada pengasingan daripada gabungan portfolio asal.
Ini adalah senarai yang telah rasmi diisytiharkan pada Selasa, 12 Disember 2023:
1. Kementerian Kewangan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dilantik Senator)
Timbalan Menteri Kewangan : Lim Hui Ying
2. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang
3. Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
4. Menteri Pengangkutan
Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasbi Habibollah
5. Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup
6. Kementerian Ekonomi
Menteri Ekonomi : Mohd Rafizi Ramli
Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib
7. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah Sabu
8. Kementerian Luar Negeri
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin
9. Kementerian Kerja Raya
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan
10. Kementerian Dalam Negeri
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
11. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Liew Chin Tong
12. Kementerian Pertahanan
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari
13. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal
14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi: Datuk Seri Noraini Ahmad
15. Jabatan Perdana Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi): M Kulasegaran
16. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Huang Tiong Sii
17. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk R Ramakrishnan
18. Kementerian Pendidikan Tinggi
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud
19. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Menteri Pelancoongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan
20. Kementerian Komunikasi
Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching
21. Kementerian Pendidikan
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Wong
22. Kementerian Perpaduan
Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Anak Dagang
Timbalan Menteri Perpaduan: Saraswathy Kandasami
23. Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama)
Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) : Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar
Timbalan Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama): Dr Zulkifli Hasan
24. Kementerian Belia dan Sukan
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd Halim
25. Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) : Dr Zaliha Mustafa
26. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh
27. Kementerian Perladangan dan Komoditi
Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin
28. Kementerian Kesihatan
Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dilantik Senator)
Timbalan Menteri Kesihatan – Datuk Lukanisman Awang Sauni
29. Kementerian Digital
Menteri Digital – Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri Digital – Datuk Ugak Anak Kumbong
30. Kementerian Sumber Manusia
Menteri Sumber Manusia – Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Sebab berlakunya rombakan kabinet kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Rombakan ini dibuat barisan kabinetnya atas beberapa sebab:
- Pasukan Profesional Kuat: Anwar Ibrahim menekankan bahawa Kementerian Kewangan perlu diketuai oleh pasukan profesional yang kuat untuk memastikan negara berada di landasan yang betul.
- Pelantikan Menteri Kewangan Baru: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, telah dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua dalam barisan Kabinet terkini Anwar Ibrahim.
- Menangani Isu-Isu Ekonomi: Terdapat keperluan untuk melakukan penggantian besar-besaran dalam Kabinet untuk menunjukkan kesungguhan dalam menangani ekonomi yang lembap dan isu-isu kos sara hidup.
- Peningkatan Prestasi: Anwar Ibrahim menyebut bahawa menteri-menteri, termasuk dirinya sendiri, perlu diberi peluang untuk memperbaiki dan meningkatkan prestasi mereka.
Perubahan-perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha Anwar Ibrahim untuk menangani cabaran-cabaran ekonomi negara dan meningkatkan prestasi pentadbirannya.