• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MAS Dan Firefly Tambah Penerbangan Menjelang Cuti Akhir Tahun Dan CNY

Oleh
Nazihah AN
12 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
MAS Dan Firefly Tambah Penerbangan Menjelang Cuti Akhir Tahun Dan CNY

Penerbangan tambahan ini bermula cuti akhir tahun hingga Mac 2024

MAS Dan Firefly Tambah Penerbangan Menjelang Cuti Akhir Tahun Dan CNY. Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan penambahan sebanyak 248 penerbangan bagi memenuhi permintaan perjalanan yang meningkat sempena musim percutian akhir tahun hingga Mac 2024.

Ketua Pegawai Komersial MAG bagi Syarikat Penerbangan, Dersenish Aresandiran berkata “Menjangkakan lonjakan permintaan perjalanan, peningkatan ketara dalam kekerapan penerbangan mewakili pendekatan strategik syarikat penerbangan itu untuk memenuhi keperluan pengembara yang semakin berkembang, menawarkan kepada mereka rangkaian tarikh perjalanan yang lebih luas untuk fleksibiliti dan kemudahan tambahan.

Ini senarai penerbangan tambahan untuk destinasi antarabangsa dan domestik

Kami menggesa pengembara untuk merancang dan memastikan tempat duduk mereka lebih awal untuk memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan menyeronokkan, terutamanya semasa musim kemuncak perjalanan, termasuk sambutan Krismas, Akhir Tahun dan Tahun Baru Cina.”

Jadual penerbangan tambahan dan penerbangan yang dinaiktaraf sebagai rujukan, berikut adalah senarai penerbangan tambahan dan yang dinaiktaraf untuk destinasi antarabangsa dan domestik:

Penerbangan tambahan penerbangan ini disediakan untuk Malaysia Airlines dan Firefly yang berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL), Lapangan Terbang Subang (SZB), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Penang (PIA).

Malaysia Airlines dan Firefly menambah penerbangan domestik dan antarabangsa Bagi bulan Disember, Malaysia Airlines akan meningkatkan penerbangan dari KLIA (KUL) ke Sibu (SBW) dari 10 kali seminggu kepada 12 kali seminggu; Tawau (TWU) dari 10 kali seminggu kepada 16 kali seminggu dan ke Kuching (KCH) dari 54 kali seminggu kepada 57 kali seminggu.

Selain itu, Firefly juga menambah penerbangan dari Penang (PEN) ke Kota Kinabalu (BKI) dari 14 kali seminggu kepada 15 kali seminggu; ke Langkawi dari 10 kali seminggu kepada 11 kali seminggu dan dari Subang (SZB) ke Langkawi (LGK) dari 12 kali seminggu kepada 13 kali seminggu.

Bagi destinasi antarabangsa, Malaysia Airlines menambah penerbangan dari KUL ke Sydney (SYD) dari 14 kali seminggu kepada 18 kali seminggu; ke Melbourne (MEL) dari 14 kali seminggu kepada 17 kali seminggu; ke Amritsar (ATQ) dari 2 kali seminggu kepada 4 kali seminggu; Cochin (COK) dari 6 kali seminggu kepada 7 kali seminggu dan Narita (NRT) dari 12 kali seminggu kepada 14 kali seminggu.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Malaysia Airlines juga menambah penerbangan dari KUL ke Singapura (SIN) sebanyak 2 kali seminggu dari 56 kali seminggu kepada 58 kali seminggu pada 7 dan 8 Februari 2024.

Malaysia Airlines menawarkan tambang satu hala bermula dari RM109 untuk Tahun Baru Cina Malaysia Airlines juga telah mengumumkan tambang satu hala bermula dari RM109 untuk destinasi di Semenanjung Malaysia dan dari RM255 untuk destinasi Sabah dan Sarawak bagi frekuensi tambahan sempena musim perayaan. Syarikat penerbangan bendera negara ini juga menambah penerbangan dari KUL ke destinasi domestik utama dengan 3 penerbangan ekstra ke Kota Bharu (KBR) dan Alor Setar (AOR); 8 penerbangan ke Sandakan (SKD); 9 penerbangan ke Sibu (SBW); 1 penerbangan ke Tawau (TWU); dan 2 penerbangan ke Kuching (KCH).

Baca lagi artikel berkaitan di bawah:

Rancang Cuti Anda Awal, AirAsia Tawar Tiket Penerbangan Murah Untuk Tahun 2024
AirAsia Buka Laluan Baharu, Penerbangan Langsung KK-Seoul Mulai Mac 2024
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Penuh Kabinet Baru Kerajaan Malaysia 2024
Next Article Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?