• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kadar Transmisi COVID-19 Malaysia Tinggi, Kalimantan Barat Larang Rakyatnya Ke Malaysia Buat Masa Ini

Oleh
Ismail NA
15 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Ujian makmal mendapati 69 daripada 77 rakyat Indonesia dari Malaysia didapati positif.

Kadar Transmisi COVID-19 Malaysia Tinggi, Kalimantan Barat Larang Rakyatnya Ke Malaysia Buat Masa Ini. Penduduk Indonesia di Kalimantan Barat digesa untuk tidak melakukan sebarang perjalanan dari negara tersebut ke Malaysia buat sementara waktu. Perkara ini dinyatakan oleh Gabenor Kalimantan Barat, Sutarmidji melalui sebuah laporan media.

Isi Isi Penting
  • Ujian makmal mendapati 69 daripada 77 rakyat Indonesia dari Malaysia didapati positif.
  • Migran Indonesia miliki viral load yang sangat tinggi
  • Seramai 160 orang Indonesia dihantar pulang dari Malaysia minggu lalu
  • Baca juga :

Sutarmidji memberi peringatan kepada rakyatnya agar tidak melakukan perjalanan ke Malaysia walau dengan apa cara sekalipun kerana kadar transmisi yang begitu tinggi dari Malaysia. Ujian makmal yang melibatkan pekerja migran dari Malaysia pada 11 Mac 2021 menunjukkan bahawa 69 daripada 77 migran Indonesia dari Malaysia telah disahkan positif COVID-19.

Migran Indonesia miliki viral load yang sangat tinggi

Lebih membimbangkan, pekerja migran Indonesia yang positif tersebut didapati turut memiliki nilai kitaran ambang atau cycle threshold (CT) yang tinggi. Malah, ada di antaranya yang dijangkiti mempunyai ratus juta replikasi kandungan virus.

Kadar Transmisi COVID-19 Malaysia Tinggi, Kalimantan Barat Larang Rakyatnya Ke Malaysia Buat Masa Ini
Kadar Transmisi COVID-19 Malaysia Tinggi, Kalimantan Barat Larang Rakyatnya Ke Malaysia Buat Masa Ini

Tambah Sutarmidji lagi, kadar jangkitan di Malaysia adalah tinggi, malah mungkin akan menjadi lebih tinggi. Buat masa ini, rakyat Indonesia disarankan untuk tidak melakukan sebarang perjalanan ke negara tersebut buat sementara waktu.

Sekiranya terdapat ahli keluarga migran Indonesia yang dihantar pulang kerana melalui jalan yang tidak sah, ahli keluarga juga harus memastikan mereka untuk melakukan pengasingan kendiri dengan ketat.

Dalam suatu kenyataan berasingan, Ketua Pejabat Kesihatan Provinsi Kalimantan Barat, Harrison, mengesahkan ujian yang melibatkan 77 pekerja migran Indonesia yang mana 69 daripadanya positif dengan kandungan viral yang tinggi.

Seramai 160 orang Indonesia dihantar pulang dari Malaysia minggu lalu

Pekerja tersebut dihantar dari Malaysia ke Indonesia melalui sempadan Entikong pada 11 Mac 2021, Khamis lalu. Mereka kemudian telah dibawa ke Pejabat Kebajikan Sosial Provinsi Kalimantan Barat dan Task Force COVID-19 Provinsi Kalimantan Barat untuk melakukan ujian calitan. Keputusan yang diterima adalah begitu mengejutkan di mana seramai 69 orang daripada 77 orang jumlah keseluruhan disahkan positif COVID-19.

Kadar Transmisi COVID-19 Malaysia Tinggi, Kalimantan Barat Larang Rakyatnya Ke Malaysia Buat Masa Ini
Entikong, sempadan antara Kalimantan Barat Indonesia dan Sarawak Malaysia.
Sumber : Backpacker Jakarta

Malaysia pada minggu lalu telah menghantar pulang seramai 160 migran Indonesia pulang atas pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki pasport dan permit, terlibat dalam penyalahgunaan dadah, perkelahian, judi dalam talian, dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pakar Mengatakan Bahawa 2 Mutasi Berbeza COVID-19 Kini Sedang Menular Di Sarawak
Next Article RM 10K Selenggara Tahunan Kubur Di Korea, Jenazah Rakyat Sabah Berjaya Dibawa Balik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?