• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pakar Mengatakan Bahawa 2 Mutasi Berbeza COVID-19 Kini Sedang Menular Di Sarawak

Oleh
Ismail NA
15 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Mutasi ini dijumpai dalam kalangan Kluster Pasai dan kluster di Kuching.

Pakar Mengatakan Bahawa 2 Mutasi Berbeza COVID-19 Kini Sedang Menular Di Sarawak. Situasi COVID-19 di negeri ini dilihat masih belum menunjukkan kadar penurunan apabila angka kes harian masih berada di atas 100 kes sehari. Namun, kajian yang dilakukan oleh pakar kesihatan menemui sesuatu yang mengejutkan berkenaan situasi COVID-19 di Sarawak.

Prof. Dr. David Perera, pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS, mengatakan bahawa terdapat 2 varian terbaharu mutasi COVID-19 ditemui semasa gelombang ke-4 pandemik di Sarawak kini . Varian yang menyerupai mutasi B1 itu telah dikenalpasti di Sibu dan berkait rapat dengan Kluster Pasai. Manakala, varian berbeza, B.1.470 dikenalpasti dalam kalangan kes di Kuching.

Keputusan varian tersebut diperolehi hasil penyiasatan yang dilakukan di makmal institut berkenaan.

Pakar Mengatakan Bahawa 2 Mutasi Berbeza COVID-19 Kini Sedang Menular Di Sarawak
Pakar Mengatakan Bahawa 2 Mutasi Berbeza COVID-19 Kini Sedang Menular Di Sarawak

Varian yang menyerupai B1 yang ditemui di Sibu kebanyakannya berkait rapat dengan Kluster Pasai serta kes-kes berangkai yang melibatkan penduduk rumah panjang, serta lokasi lain di bahagian tersebut. Sehingga hari ini, kluster Pasai merupakan kluster terbesar di Sarawak sepanjang tercetusnya pandemik ini sejak tahun lalu.

Bagi varian B.1.470 pula, kebanyakan mutasi ini ditemui dalam kalangan kes di Kuching dan juga di Sri Aman.

Masih belum ada bukti mutasi ini mengurangkan keberkesanan vaksin

Namun demikian, masih belum ada bukti setakat ini bahawa mutasi ini berupaya mengatasi atau mengurangkan keberkesanan vaksin yang telah diperakui di kebanyakan negara ketika ini. Di negara luar, kemunculan varian mutasi ini telah menimbulkan banyak kebimbangan tentang situasi COVID-19. Contohnya, varian B1.351 (pertama kali dijumpai di Afrika Selatan), B.1.1.7 (pertama kali dikenal pasti di United Kingdom), B.1.1.28.1 atau P.1 (pertama kali dikenalpasti di Brazil), B.1.526 (pertama kali dikenalpasti di New York) dan B.1.525 (pertama kali dikenalpasti di Nigeria).

Jelas Dr David, situasi ini adalah sebagai salah satu amaran kepada orang ramai untuk terus mematuhi SOP serta garis panduan yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka, mengamalkan kebersihan tangan dan penjarakan sosial.

Pakar Mengatakan Bahawa 2 Mutasi Berbeza COVID-19 Kini Sedang Menular Di Sarawak
Prof Dr. David Perera.
Sumber : UNIMAS

Dengan terus mematuhi SOP ini, ia dapat mengurangkan kadar penularan dan mengurangkan kebarangkalian mutasi varian lain untuk muncul dan berevolusi dalam komuniti.

Perkara tersebut dinyatakan melalui sebuah kenyataan rasmi yang disiarkan melalui Facebook rasmi Menteri Kerajaan dan Perumahan Tempatan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian semalam.

#War #Covid19 🦠 – SarawakHeartiest congratulations and thank you very much to Prof David and team from UNIMAS for…

Posted by Dr Sim Kui Hian on Friday, March 12, 2021

Dalam hantaran berkenaan juga, Dr Sim mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Prof Dr David serta pasukan atas sumbangan terhadap penemuan tersebut. Penemuan tersebut jelas dapat membantu meluaskan penilaian dan pemahaman tentang situasi COVID-19 di Sarawak.

Baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : 11 Lelaki Ditahan Di Kuching Kerana Tipu Keputusan Ujian COVID19
Next Article Kadar Transmisi COVID-19 Malaysia Tinggi, Kalimantan Barat Larang Rakyatnya Ke Malaysia Buat Masa Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?