• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

RM 10K Selenggara Tahunan Kubur Di Korea, Jenazah Rakyat Sabah Berjaya Dibawa Balik

Oleh
Ismail NA
15 Mac 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Jenazah rakyat Sabah ini berjaya dibawa pulang hasil kutipan dana bundle Korea.

RM 10K Selenggara Tahunan Kubur Di Korea, Jenazah Rakyat Sabah Berjaya Dibawa Balik. Urusan kematian di luar negara sememangnya sesuatu yang panjang dan sukar. Apatah lagi pada musim pandemik yang memerlukan pelbagai prosedur tambahan. Namun, syukur buat keluarga Muhammad Khairul Anas Abdu Gapal, rakyat Sabah yang meninggal dunia di Korea baru-baru ini kerana berjaya membawa pulang mayat lelaki terbabit kembali ke negara asal.

Isi Isi Penting
  • Jenazah rakyat Sabah ini berjaya dibawa pulang hasil kutipan dana bundle Korea.
  • Arwah tidak dapat dihubungi sejak bertolak ke Korea
  • Jumpa sepasang kain kafan dalam bagasi milik arwah
  • RM 10,000 kos penyelenggaraan perkuburan jika arwah Khairul dikebumikan di Korea
  • Lagi artikel menarik untuk anda;

Almarhum Khairul meninggal dunia di Gwangju, Korea pada 26 Februari 2021 yang lalu akibat usus tersumbat. Rakan arwah Khairul, Idarmi yang menetap bersamanya di Korea menyatakan bahawa Khairul mengadu sakit perut yang teramat dan berasa sakit apabila hendak membuang air besar. Arwah kemudian meminta pertolongannya untuk menghantarnya ke hospital. Namun demikian, arwah Khairul diarahkan untuk menjalani ujian calitan terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran untuk rawatan. Arwah Khairul meninggal dunia sebelum sempat keputusan ujian calitan keluar.

Menurut adiknya, Mohd Nasrin, abangnya telah bertolak ke Korea pada tahun 2019 untuk mencari modal membuka bengkel.

RM 10K Selenggara Tahunan Kubur Di Korea, Jenazah Rakyat Sabah Berjaya Dibawa Balik
RM 10K Selenggara Tahunan Kubur Di Korea, Jenazah Rakyat Sabah Berjaya Dibawa Balik

Arwah tidak dapat dihubungi sejak bertolak ke Korea

Di sana, arwah Khairul melakukan beberapa pekerjaan bagi menampung kehidupan seperti bekerja di kebun, dan menjual barangan bundle. Sebelum ke Korea, arwah Khairul bekerja sebagai mekanik. Jelas Nasrin, arwah Khairul dan keluarganya tidak berhubung sejak arwah bertolak ke Korea. Walaupun telah berusaha untuk menghubunginya, arwah Khairul sering gagal untuk dihubungi.

Namun demikian, arwah Khairul pernah menghubungi saudara maranya yang lain tetapi tidak menghubungi mereka sekeluarga. Mereka hanya mengetahui hasrat arwah untuk ke Korea bagi mencari modal membuka bengkel. Berita tentang keberadaan dan keadaan arwah juga banyak diketahui melalui rakan-rakan orang Sabah yang kebetulan berada di sana dan berasal dari Tawau.

RM 10K Selenggara Tahunan Kubur Di Korea, Jenazah Rakyat Sabah Berjaya Dibawa Balik
Khairul Anas.

Tambah Nasrin, abangnya itu merupakan seseorang yang suka menyendiri, berdikari dan tidak suka mennyusahkan keluarga. Arwah juga akan berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Malah, jika arwah menghidap sesuatu penyakit sekalipun, arwah Khairul tidak akan memberitahu tentang penyakit yang dihidapinya.

Jumpa sepasang kain kafan dalam bagasi milik arwah

Rakan arwah Khairul juga turut memaklumkan keluarganya bahawa mereka menemui sepasang kain kafan dalam bagasi milik arwah. Menurut Nasrin, arwah abangnya sememangnya membawa kain kafannya sendiri dari Tawau sebelum bertolak ke Korea. Kain itulah yang digunakan untuk mengafankan jenazah Khairul Anas.

Sebelum membuat keputusan untuk membawa jenazah Khairul Anas kembali ke Sabah, keluarganya telah mempertimbangkan pelbagai perkara. Malah, keputusannya untuk membawa balik jenazah adalah sesuatu yang sukar dan turut dipersoalkan ramai pihak.

RM 10,000 kos penyelenggaraan perkuburan jika arwah Khairul dikebumikan di Korea

Ini termasuklah kos penyelenggaraan perkuburan di Korea yang mencecah hampir RM 10,000 setiap tahun sekiranya arwah dikebumikan di Korea. Jelas Nasrin, keluarganya tidak mampu untuk membayar kos tersebut secara tahunan dan akhirnya membuat keputusan untuk menguburkan jenazah di kampung halamannya.

Dalam usaha untuk membawa jenazah Khairul Anas kembali ke Sabah, rakan-rakan peniaga bundle di Korea, antaranya Saudagar JPKR, Nuahh Bundle, Bundle Bundle Safril Kuns, Acai Bundle Korea, Ozzy Bundle, GTO Bundle, Bundle Borneo 21, Ajushi Gwangju Bundle, Ray Bundle Korea, Selipar Manon, Muhran Laiman dan Adzlan Jainol, telah menganjurkan jualan amal dan berjaya mengumpul dana sebanyak RM 76,430. Keluarganya berasa sangat bertuah kerana arwah dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik hati walaupun tidak sampai 2 tahun arwah Khairul bekerja di Korea. Urusan membawa pulang jenazah juga dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan Sabah.

RM 10K Selenggara Tahunan Kubur Di Korea, Jenazah Rakyat Sabah Berjaya Dibawa Balik
Rakan-rakan peniaga bundle Korea yang menganjurkan jualan amal.

Jenazah Khairul diterbangkan oleh pesawat pesawat MH067 dari Amsterdam-Incheon-Kuala Lumpur pada 9 Mac. Jenazah tersebut kemudian diterbangkan ke Kota Kinabalu, Sabah dan dibawa menggunakan van ke Kampung Titingan, Tawau. Arwah Khairul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Titingan Muslim pada jam 9.20 malam pada hari Rabu yang lalu.

RM 10K Selenggara Tahunan Kubur Di Korea, Jenazah Rakyat Sabah Berjaya Dibawa Balik
Sumber : Harian Metro

Al-Fatihah.

Lagi artikel menarik untuk anda;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kadar Transmisi COVID-19 Malaysia Tinggi, Kalimantan Barat Larang Rakyatnya Ke Malaysia Buat Masa Ini
Next Article Putrajaya Rayu Keputusan Mahkamah Tinggi Yang Membatalkan Larangan Penggunaan Allah Oleh Penganut Kristian Putrajaya Rayu Keputusan Mahkamah Tinggi Yang Membatalkan Larangan Penggunaan Allah Oleh Penganut Kristian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?