I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa

Oleh Ismail NA
7 Disember 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Dikhabarkan bahawa harga syabu di Kalimantan boleh mencecah RM450,000 sekilo

Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa. Bila sebut saja tentang jenayah dadah, tak boleh dinafikan Sarawak menjadi salah satu laluan penting dalam aktiviti penyeludupan bahan terlarang ini.

Tetapi, apa yang mengejutkan ialah harga syabu yang diseludup keluar dari Malaysia, khususnya melalui Sarawak, boleh mencecah RM450,000 sekilogram di Kalimantan, Indonesia—13 kali ganda lebih mahal berbanding harga dalam negara iaitu sekitar RM33,000 sekilogram.

Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa
Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa. Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Berita Alternatif

Kenapa harga syabu jadi begitu tinggi di Kalimantan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin, perbezaan harga yang ketara inilah yang menjadi pendorong utama sindiket dadah untuk menyeludup syabu dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak sebelum dihantar ke Kalimantan.

Dalam satu perbincangan dengan pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini, beliau dimaklumkan bahawa permintaan terhadap syabu di negara jiran amat tinggi, menjadikan sasaran utama sindiket, sekaligus menyebabkan Sarawak menjadi laluan transit hangat untuk tujuan pengedaran.

“Permintaan tinggi dan harga meningkat berkali ganda menjadi motivasi utama sindiket menyeludup dadah melalui Sarawak ke destinasi antarabangsa seperti Kalimantan,” kata beliau semasa sidang media di Kuching.

Taktik sindiket dari Semenanjung ke Sarawak hingga Kalimantan

Sarawak kini menjadi transit penting untuk aktiviti penyeludupan dadah di rantau ini. Kok Chin mendedahkan bahawa dadah biasanya dibawa masuk dari Segitiga Emas (Golden Triangle)—kawasan terkenal sebagai pusat pengeluaran dadah—ke Malaysia melalui negeri di utara Semenanjung. Dari situ, sindiket akan mencari pelbagai cara untuk menyeludupnya ke Sarawak sebelum dihantar ke negara jiran.

Antara taktik terbaru yang dikenal pasti termasuk penggunaan dron dan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa
Gambar hiasan.

“Kalau mereka berjaya lolos di Sarawak, langkah seterusnya ialah menghantarnya ke negara jiran, di mana permintaan dan nilai syabu adalah sangat tinggi,” katanya lagi.

Cabaran & Strategi JSJN

Untuk menangani masalah ini, JSJN kini mempertingkatkan kecekapan pegawai dan anggota mereka melalui pelbagai ‘projek’ khas. Walaupun beliau tidak dapat mendedahkan secara terperinci strategi yang sedang dilaksanakan (atas sebab keselamatan), Kok Chin mengakui pihaknya sedang menyesuaikan modus operandi dengan perkembangan teknologi sindiket.

“Sindiket makin bijak guna teknologi, jadi kita juga kena lebih ke depan. Tapi tak boleh cerita lebih sebab kalau sindiket tahu strategi kita, susahlah,” jelas beliau.

Selain itu, kerjasama dengan unit lain seperti Pasukan Gerakan Am (PGA) turut diperhebatkan untuk menjalankan pemeriksaan mengejut di lapangan terbang dan pelabuhan di Sarawak.

Kenapa Sarawak Sering Jadi Laluan Panas Sindiket Dadah Antarabangsa

“Kita letakkan elemen narkotik dan PGA di lapangan terbang untuk buat pemeriksaan mengejut berdasarkan maklumat risikan. Ini langkah penting untuk cegah penyeludupan melalui udara,” tambahnya.

Adakah aktiviti ini berpotensi menjejaskan keselamatan dan reputasi Sarawak

Situasi ini menunjukkan betapa seriusnya ancaman penyeludupan dadah di Malaysia, khususnya di Sarawak. Dengan permintaan tinggi dan nilai yang melambung di pasaran antarabangsa, sindiket akan terus mencari cara baharu untuk menyeludup bahan terlarang ini.

Namun, usaha gigih JSJN dan kerjasama dengan pelbagai agensi memberi harapan bahawa pihak berkuasa tidak akan berputus asa dalam memerangi ancaman ini. Sebagai rakyat Malaysia, tanggungjawab kita adalah untuk terus menyokong usaha ini dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang kita saksikan.

Adakah anda tahu bahawa harga syabu boleh naik setinggi ini? Kalau ya, kongsikan pandangan anda di ruangan komen 👇

Pada November 2024, polis berjaya menumpaskan sindiket dadah di Miri berjumlah 21kg

Dua Lelaki Warga Tempatan Ditahan, Seludup Dadah Lebih 21 Kg Di Lapangan Terbang Miri
Polis Sarawak Berjaya Lakukan Rampasan Dadah Terbesar Tahun Ini Bernilai RM 3 Juta

SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Jadikan Sarawak Sebagai Inspirasi Transformasi Ekonomi Digital
Next Article Kajian Lokasi Strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Sarawak Bakal Bermula Tahun Depan

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?