• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jurang Perbezaan Harga, Kajian Penstabilan Barang Sabah, Sarawak Labuan Akan Dilaksanakan

Oleh
Husna Hazmi
21 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Kajian mengenal pasti punca jurang perbezaan harga barang akan dilaksanakan

Jurang Perbezaan Harga, Kajian Penstabilan Barang Sabah, Sarawak Labuan Akan Dilaksanakan. Dipetik dari Bernama, pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka akan berlangsung dalam tempoh enam bulan sebelum laporan insepsi kajian dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan, pada Ogos tahun ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), diberi peranan untuk menjalankan kajian berkenaan, dan kedua-dua universiti juga telah mengemukakan kertas cadangan awal mengenai kajian berkenaan pada 19 April.

Jurang Perbezaan Harga, Kajian Penstabilan Barang Sabah, Sarawak Labuan Akan Dilaksanakan
Jurang Perbezaan Harga, Kajian Penstabilan Barang Sabah, Sarawak Labuan Akan Dilaksanakan. Sumber foto: New Straits Times

Kenal pasti punca jurang perbezaan harga barang

Armizan turut berkata kajian mengenal pasti punca jurang perbezaan harga barang keperluan terpilih antara Sabah, Sarawak dan Labuan dengan Semenanjung Malaysia itu juga, akan dilaksanakan bersama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

NACCOL yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merupakan jawatankuasa penstabilan harga Sabah, Sarawak dan Labuan yang ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Beliau menjelaskan bahawa kajian ini dibuat untuk mengenal pasti senario semasa serta isu jurang harga barang asas terpilih di Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini termasuk mengkaji dinamika perbezaan harga dan rantaian bekalan.

Jurang Perbezaan Harga, Kajian Penstabilan Barang Sabah, Sarawak Labuan Akan Dilaksanakan
Sumber foto: Focus Malaysia

Libatkan kawasan di Sabah dan Sarawak

Kajian itu diakatakan akan melibatkan lima kawasan utama di Sabah dan Labuan meliputi Kudat, bahagian pantai barat, bahagian pedalaman, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Di Sarawak pula, kajian ini akan melibatkan tiga bahagian di utara Sarawak iaitu Miri, Bintulu, Limbang, empat bahagian di Sibu, Sarikei, Mukah dan Kapit serta lima bahagian di barat Sarawak iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong.

Armizan berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Penstabilan Harga, sebelum ia diangkat untuk perhatian Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jurang Perbezaan Harga, Kajian Penstabilan Barang Sabah, Sarawak Labuan Akan Dilaksanakan

Langkah buat jangka masa panjang

Kajian ini dikatakan amat penting kerana ia sebahagian dari langkah buat jangka panjang bagi merangka strategi dan pelan tindakan untuk menstabilkan harga barang-barang keperluan terpilih.

Dapatan kajian ini juga akan dipanjangkan kepada kerajaan Sabah dan kerajaan Sarawak serta Jabatan Pembangunan Wilayah Persekutuan,” ujar beliau sambil menjelaskan, ini penting mengambil kira isu harga terkait secara langsung dengan isu keterjaminan makanan dan sumber bekalan domestik dan import.

Armizan menaruh harapan agar dapatan kajian itu kelak, boleh menjadi panduan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak, dalam konteks mempertimbang penggunaan tanah bagi tujuan pertanian, penternakan dan sekuriti makanan, secara keseluruhannya.

Kata beliau lagi, dengan adanya sumber bekalan makanan tempatan, isu kebergantungan kepada sumber bekalan makanan dari Semenanjung Malaysia melibatkan implikasi kos logistik dapat dikurangkan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Boulevard Terpanjang Di Sarawak Bakal Dibina Di Kota Samarahan
Konsul Jeneral Indonesia Mahu Penerbangan Terus Pontianak-Kuching Diaktifkan Semula
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tyng Dance Academy Sapu 29 Anugerah Di Kejohanan Terbuka Bailando 2024
Next Article Lelaki Didakwa Lakukan Serangan Seksual Terhadap Budak 6 Tahun Di Tanah Perkuburan Betong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?