• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Kalau Tak Jual, Nak Makan Apa?’ Penjaja Ini Mengamuk Setelah Diserbu Pihak Berkuasa

Oleh
Ismail NA
27 Mac 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Minta RM 1,500 Untuk Patuhi PKP.

‘Kalau Tak Jual, Nak Makan Apa?’ Penjaja Ini Mengamuk Setelah Diserbu Pihak Berkuasa. Beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri Malaysia baru sahaja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama 2 minggu lagi iaitu sehingga 14 April 2020. Walau pun ia merupakan tempoh sukar bagi segelintir rakyat Malaysia yang bekerja sebagai penjaja terutamanya jualan hasil tani dan barangan basah di pasar tamu, namun peraturan ini bukan lah satu pilihan kerana ia melibatkan nyawa seluruh penduduk di Malaysia. Pendek kata, semua individu tidak mengira taraf pendapatan harus patuh akan perintah ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Namun demikian, lain pula ceritanya di pusat penjaja di sebuah daerah di Sarawak. Tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Tr Maxz, yang menunjukkan salah seorang penjaja yang ingkar tersebut mengamuk dan menengking pihak berkuasa.

Penjaja Ini Tak Puas Hati Sebab Tak Dibenarkan Menjaja Semasa PKP

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas memantau PKP mengarahkan agar penjaja tersebut mengemas barang jualan nya dan pulang ke rumah masing-masing. Namun, pihak berkuasa tersebut tidak semena-mena ditengking oleh salah seorang penjaja menggunakan bahasa Iban.

Kasih Bala ke gawa anuk dik ibuk.. #nyawa nda 1500 sebulan ibuk😏😏

Posted by Tr Maxz on Thursday, March 26, 2020

“Ini Peraturan Yang Pelik, Tak Tahu Membuat Perancangan,”

Menerusi video tersebut, berikut merupakan terjemahan kata-kata yang dikeluarkan oleh penjaja itu.

“Enda, ibuh mayuh iya meri ku dalam masa cuti tok, RM 1,500 aja iya meri ko aku, aku berkurung dalam rumah. Tang enti dikurung bakatu nama empa kami? Nama makai taik? Tok atur buduh, tok atur belik tok, enda nemu ngatur utai,”

Tak perlu banyak mereka beri kepada kami semasa PKP ini, beri RM1,500 sahaja kepada kami, kami akan berkurung di dalam rumah. Tapi kalau dikurung seperti ini, apa yang kami mahu makan? Makan najis? Ini peraturan yang pelik, tak tahu membuat perancangan.

Tinjauan di laman komen pula mendapati rata-rata netizen berang dan tidak bersetuju dengan tindakan penjaja tersebut yang ingkar arahan PKP.

'Kalau Tak Jual, Nak Makan Apa?' Penjaja Ini Mengamuk Setelah Diserbu Pihak Berkuasa
‘Kalau Tak Jual, Nak Makan Apa?’ Penjaja Ini Mengamuk Setelah Diserbu Pihak Berkuasa
'Kalau Tak Jual, Nak Makan Apa?' Penjaja Ini Mengamuk Setelah Diserbu Pihak Berkuasa
'Kalau Tak Jual, Nak Makan Apa?' Penjaja Ini Mengamuk Setelah Diserbu Pihak Berkuasa

Boleh Guna Alternatif Sosial Media Dan Aplikasi Whatsapp Untuk Melakukan Jualan

Dalam pada masa yang sama, para penjaja ini sebenarnya boleh menggunakan alternatif lain seperti penjualan di laman sosial atau sebaran menerusi aplikasi Whatsapp. Bagi memudahkan amalan penjarakkan sosial, kaedah Cash On Delivery (COD) atau self-collect pula boleh dilakukan. Rasanya ramai je yang nak beli, ibuk.

Dalam situasi sebegini, diharap indivdiu yang lebih dekat dengan golongan ini dapat menerangkan tentang bahaya COVID-19. Mungkin mereka kurang memahami kepentingan PKP dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 yang tiada penawar ini.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tapi biar bertempat. Marilah sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi PKP.

Anda mampu mengubahnya.

Ingkar arahan PKP? Baca artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Singapura Beri RM3000 Sebulan Kepada Penduduknya Yang Bekerja Sendiri Selama 9 Bulan Singapura Beri RM 3,000 Sebulan Kepada Rakyatnya Yang Bekerja Sendiri Selama 9 Bulan
Next Article Individu Misteri Derma Mesin PCR Bernilai RM148 Ribu Untuk Hospital Sibu Individu Misteri Derma Mesin PCR Bernilai RM148 Ribu Untuk Hospital Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?