• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kampung Datu Lama Di Sibu Bakal Dibangunkan Jadi Perkampungan Moden

Oleh
Husna Hazmi
14 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkampungan tradisional Melayu di Sibu dengan prasarana moden

Kampung Datu Lama Di Sibu Bakal Dibangunkan Jadi Perkampungan Moden. Dipetik daripada Bernama, kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu dengan prasarana moden dan mengekalkan ciri-ciri serta budaya asal kampung berkenaan.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, usaha membangunkan semula kampung tradisional ini diputuskan selepas perbincangan beliau bersama pemimpin daerah berkenaan sebelum ini.

Kampung Datu Lama Di Sibu Bakal Dibangunkan Jadi Perkampungan Moden
Kampung Datu Lama Di Sibu Bakal Dibangunkan Jadi Perkampungan Moden. Sumber foto: The Star

Kerajaan ingin membangunkan semula Kampung Datu Lama

Beliau berkata, pihak kerajaan ingin membangunkan semula Kampung Datu Lama dan mengekalkan apa yang ada tetapi mesti ada pembaharuan. Kawasan kampung itu dikatakan mesti dimodenkan dan ciri-ciri budaya yang ada di Kampung Datu Lama serta di sekitarnya pula akan dipertahankan.

Ciri-ciri ini menggambarkan budaya yang diwarisi di Kampung Datu berkenaan.

Kalau pembangunan Darul Hana di Kuching boleh dibuat, saya yakin pembangunan semula Kampung Datu di Sibu pun boleh dibuat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu pada malam tadi.

Abang Johari berkata pembangunan semula kampung tersebut merangkumi kawasan dari Masjid An-Nur hingga ke tebing Sungai Igan juga akan menyaksikan pembinaan rumah-rumah dengan reka bentuk moden yang lebih lebih selamat serta selesa.

Kampung Datu Lama Di Sibu Bakal Dibangunkan Jadi Perkampungan Moden
Sumber foto: Berita Harian

Sungai Igan akan dicantikkan lagi

Tambah beliau lagi, tebingan Sungai Igan akan dicantikkan lagi dengan ciri-ciri tarikan serta sebuah pusat konvensyenakan dibangunkan di tebingan sungai berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan Sarawak telah siap merancang pelan induk pembangunan semula Bukit Assek, Sibu dan segala butiran akan siap pada suku pertama 2025 manakala pelaksanaan dibahagikan kepada empat fasa akan bermula pada 2026.

Menurut Abang Johari pembangunan semula Bukit Assek akan mengambil masa selama 15 tahun dan dijangka selesai pada 2040 sekali gus menyaksikan perubahan besar kepada bandar Sibu secara keseluruhan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Lelaki Cuba Lepaskan Tembakan Ke Arah Isteri Terkena Orang Lain Di KLIA 1
Terdesak Nak Dapatkan Barang Berharga, 79 Kubur Di Bintangor Kena Ceroboh
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Cuba Lepaskan Tembakan Ke Arah Isteri Terkena Orang Lain Di KLIA 1
Next Article Pemilik Kedai Kongsi Resipi Asal Kek Lapis Baklava Pemilik Kedai Kongsi Resipi Asal Kek Lapis Baklava

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?