• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Pemilik Kedai Kongsi Resipi Asal Kek Lapis Baklava

Oleh
Aina Musa
14 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Pemilik Kedai Kongsi Resipi Asal Kek Lapis Baklava

Katanya, kek ini menggunakan bahan-bahan premium sahaja

Baru-baru ini, seorang pengusaha kek mendapat perhatian ramai apabila menawarkan kek lapis berharga RM650 seloyang sehingga menjadi bualan ramai. Mesti ramai yang tertanya-tanya rasa kek lapis ni kan?

Apa kata anda cuba sendiri di rumah memandangkan pemilik asal resipi kek lapis baklava ini ada berkongsi cara-cara penyediaanya di Facebook.

Pemilik Kedai Kongsi Resipi Asal Kek Lapis Baklava. Sumber: Facebook

Ini langkah-langkah penyediaanya:

Resipi Kek Lapis Baklava

Bahan A Sirap Gula ( utk spray)
5 cup Gula
3 1/2 cup air
Setengah biji Lemon Jus (masak 15 minit)

Bahan B Homemade Pistachios Filling
250gm kacang Pistachio (bakar sekejap)
250gm White Chocolate ( dicairkan)
80 gm minyak jagung 1/4 tsp garam
Blend sampai halus dan letak sedikit perwarna hijau Masukkan dalam piping beg

Bahan C 450gm Pure Butter Salted
50gm gula halus
1 sudu makan ovalate
250 gm Cream cheese
1/4 tsp Garam (Pastikan Bahan semua dlm suhu bilik )

Bahan D 12 biji telor A ( kalau telor B guna 14 biji )

Bahan E 250gm Susu pekat
150gm Seri Kaya
1 TBSP Premium Vanila (pure xtract vanilla bean rm21 botol kecik )
1 tsp serbuk Vanila

Bahan F 200gm tepung Hongkong / tepung pau
1 tbsp tepong potato
150gm Horlick
50gm creamer
75gm susu tepong
25gm cerelac Baby food
50gm Parmesan Cheese
1 tbsp serbuk cheese warna putih
1 paket santan Kara (satukan semua, pastikan tepong diayak)

Bahan G 50gm Dairy Cream Pewarna putih secukupnya

Bahan H 480gm pistachio cincang Bahagi 8 bahagian siap-siap ( untuk tabur dekat lapisan )

Cara Membuat
-Sediakan bahan A Dan Bahan B dahulu dan ketepikan
-Pukul Bahan C sehingga kembang putih
-Masukkan Bahan D sikit² dan pukul sebati
-Masukkan bahan E dan pukul sebati
-Masukkan bahan F sikit² pukul sebati
-Masukkan Bahan G dan sebatikan

Cara melapis

  • Bahagikan adunan kepada 15 adunan
  • Bakar guna api atas sahaja (suhu 150’c) (loyang 8.5×8.5 jenis tinggi )
  • Lapisan pertama pipingkan pistachio filling secara menyerong secukupnya dan tabur 60 gm pistachio cincang
  • Selepas masak spray dengan air gula ( jangan terlampau Banyak, dan air gula hanya dispray dekat lapisan yang ada pistachio)
  • Seterusnya lapisan kosong , bakar sampai masak
  • Lapisan ketiga , piping filling pistachio dan tabur pistachio
  • Ulang step sampai habis
  • Akhir sekali, selepas lapisan masak dan dispray dgn sirap gula, bakar sekejap dan siap

Baca lagi artikel menarik:

Ini Alasan Kenapa Pengusaha Kek Lapis Baklava Jual Kek Dengan Harga RM650 Seloyang
Benarkah Kek Lapis Sarawak Sebenarnya Berasal Daripada Sejenis Kek Di Indonesia?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kampung Datu Lama Di Sibu Bakal Dibangunkan Jadi Perkampungan Moden
Next Article Taktik Terbaru Scammer, Agih Tumbler Percuma Dan Jerat Mangsa Imbas Kod QR Taktik Terbaru Scammer, Agih Tumbler Percuma Dan Jerat Mangsa Imbas Kod QR

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?