• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kanak-Kanak Usia 8 Tahun, Antara 4 Individu Terkorban Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Miri

Oleh
Nazihah AN
29 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Kanak-Kanak Usia 8 Tahun, Antara 4 Individu Terkorban Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Miri

3 Beranak Terbujur Kaku, Nenek Masih Belum Ditemui

Kanak-Kanak Usia 8 Tahun, Antara 4 Individu Terkorban Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Miri. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tanah runtuh Kampung Lereng Bukit menemui titik duka apabila tiga lagi mayat berjaya dikeluarkan daripada timbunan runtuhan pagi ini, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada empat orang.

Miri Police Chief, ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan bahawa mangsa kedua, Sazarena Arabi, 41, dijumpai sekitar jam 10.40 pagi. Arwah ditemui tertimbus di bawah runtuhan.

Tiga mangsa merupakan satu keluarga

Satu jam kemudian, pasukan penyelamat menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dipercayai anak Sazarena, di lokasi berhampiran. Tidak lama selepas itu, sekitar 11.40 pagi, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, turut ditemukan tidak bernyawa.

Ketiga-tiga mangsa ini merupakan satu keluarga – Sazarena dan dua anak perempuannya.

Nenek Masih Hilang, Anak Lelaki Juga Terbunuh

Sehingga kini, seorang lagi mangsa, Fatimah Dawi, 71, iaitu ibu kepada Sazarena, masih belum ditemukan.

Sebelum itu, pada awal pagi, pasukan penyelamat sudah mengeluarkan mayat pertama, iaitu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, yang merupakan anak Sazarena.

Tragedi ini turut mencetuskan kejutan apabila angka mangsa yang terlibat disahkan seramai 12 orang, bukan lapan seperti yang dilaporkan pada awalnya.

Operasi SAR Masih Diteruskan

Pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus di lokasi bagi mengesan mangsa terakhir yang dipercayai masih tertimbus di bawah timbunan tanah dan serpihan rumah yang runtuh.

“Pasukan kami masih berada di lokasi dan sedang melakukan yang terbaik untuk mengeluarkan mangsa terakhir,” kata Alexson kepada wartawan.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Siren Amaran Berbunyi Di Bintulu, Penduduk Diminta Bersiap Sedia Hadapi Cuaca Ekstrem
Ini Senarai Kawasan Dilanda Banjir di Sarawak Mengikut Lokaliti
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Siren Amaran Berbunyi Di Bintulu, Penduduk Diminta Bersiap Sedia Hadapi Cuaca Ekstrem Siren Amaran Berbunyi Di Bintulu, Penduduk Diminta Bersiap Sedia Hadapi Cuaca Ekstrem
Next Article Dato Seri Tiong King Sing Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Bintulu Buat Netizen Kagum

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?