• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Siren Amaran Berbunyi Di Bintulu, Penduduk Diminta Bersiap Sedia Hadapi Cuaca Ekstrem

Oleh
Nazihah AN
29 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Siren Amaran Berbunyi Di Bintulu, Penduduk Diminta Bersiap Sedia Hadapi Cuaca Ekstrem

Bintulu Perlu Berdepan Cuaca Buruk Dengan Langkah Berhati-hati

Siren Amaran Berbunyi Di Bintulu, Penduduk Diminta Bersiap Sedia Hadapi Cuaca Ekstrem. Penduduk di Bintulu dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia selepas siren amaran berbunyi, menandakan risiko angin kencang dan cuaca ekstrem. Kawasan yang terdedah kepada bencana diminta untuk meningkatkan langkah keselamatan dan mengambil tindakan segera bagi melindungi diri serta keluarga.

Menurut laporan yang tular di media sosial, beberapa individu telah berkongsi rakaman video siren berbunyi sebagai tanda amaran awal. Fenomena air pasang besar (king tide) yang disertai hujan lebat dijangka berlaku, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah.

Siren Amaran Berbunyi Di Bintulu, Penduduk Diminta Bersiap Sedia Hadapi Cuaca Ekstrem

Hujan Lebat & Angin Kencang, Satu Malam Lagi Perlu Ditempuh Dengan Berhati-hati

Penduduk yang berada di tempat selamat disarankan untuk kekal di lokasi mereka dan mengelakkan sebarang perjalanan yang tidak perlu. Mereka juga diingatkan untuk menyimpan dokumen serta barang penting di tempat yang lebih selamat sekiranya keadaan menjadi lebih buruk.

Berdasarkan ramalan cuaca, penduduk Bintulu perlu bersedia menghadapi sekurang-kurangnya satu malam lagi dengan cuaca tidak menentu. Keadaan ini boleh menyebabkan pokok tumbang, banjir kilat dan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikut perkembangan semasa melalui saluran rasmi serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan juga telah mengeluarkan peringatan kepada penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa peka terhadap arahan evakuasi sekiranya perlu. Jika anda berada di kawasan rendah atau berhampiran sungai, pastikan langkah berjaga-jaga diambil lebih awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Langkah Segera Yang Perlu Diambil

  • Cepat kemas dokumen penting seperti surat beranak, sijil nikah, kad pengenalan, sijil persekolahan, passport dan lain-lain.
  • Kemas awal keperluan sekolah anak seperti buku dan peralatan sekolah.
  • Sediakan keperluan anak kecil seperti susu, pampers dan pakaian secukupnya.
  • Jika ada haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, lembu, kambing, ayam atau itik, buka sangkarnya lebih awal untuk mengelakkan lemas.
  • Rumah dua tingkat? Alihkan barang ke tempat lebih tinggi secepat mungkin.
  • Jangan berlengah untuk berpindah jika perlu. Air boleh naik dengan cepat dan menyukarkan proses menyelamat serta penghantaran bantuan.
  • Utamakan keselamatan diri dan keluarga, jangan terlalu memikirkan barang-barang.
  • Segera keluarkan kenderaan sebelum air semakin tinggi bagi mengelakkan kerosakan.
  • Jika ada rumah saudara yang lebih selamat, pindahlah lebih awal secara sementara.
  • Pastikan semua suis utama dimatikan bagi mengelakkan risiko litar pintas.

Keselamatan Diutamakan, Ambil Langkah Berjaga-jaga

Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan bertambah baik dan tiada kejadian tidak diingini berlaku. Keselamatan harus menjadi keutamaan dalam situasi seperti ini. Jika anda berada di kawasan terjejas, kekal waspada dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Ini Senarai Talian Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Sarawak
Sarawak Dalam Keadaan Genting, Bintulu Dan Miri Dilanda Banjir Teruk
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Kawasan Dilanda Banjir di Sarawak Mengikut Lokaliti
Next Article Kanak-Kanak Usia 8 Tahun, Antara 4 Individu Terkorban Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Miri Kanak-Kanak Usia 8 Tahun, Antara 4 Individu Terkorban Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?