“Saya dan pasukan akan buat yang terbaik untuk bantu semua”– Ahli Parlimen Bintulu
Dato Seri Tiong King Sing Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Di Bintulu Buat Netizen Kagum. Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir yang agak teruk. Keadaan ini mengundang kebimbangan ramai, namun di sebalik ujian ini, rakyat Sarawak tidak keseorangan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing, turun padang bersama pasukannya untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Bintulu. Dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya, beliau menyatakan komitmen penuh untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan.

“Dalam waktu yang sukar ini, marilah kita menyokong dan membantu satu sama lain. Saya dan pasukan saya, serta semua agensi berkaitan, akan melakukan yang terbaik untuk membantu semua orang. Bertahanlah, kawan-kawan. Saya tahu ini sukar, tapi jangan putus asa.
Aksi pantas yang dipuji rakyat
Tindakan pantas Dato’ Seri Tiong bukan sahaja mendapat perhatian netizen, tetapi juga menerima pujian ramai. Rata-rata netizen berterima kasih atas keprihatinan beliau yang turun padang sendiri untuk memastikan bantuan disampaikan dengan cepat.
Seorang pengguna Facebook menulis:
“Contoh Wakil Rakyat yang kita selaku rakyat mahu. Bukan cakap saja, tapi turun pandang. Merasakan apa yang rakyat rasakan. Kita sangat menghargai Usaha baikmu YB Datuk. GBU.
Seorang lagi berkongsi:
“Beliau sememangnya seorang pemimpin Bintulu yang sebenar. Mempunyai aura yang kuat di parlimen dan hati yang baik untuk menjaga rakyatnya. Bravo tuan.
Puji lagi seorang netizen di laman Facebook:
“Tabik Dato! Sangat menghargai kerja baik anda, setiap kali Bintulu dalam kesusahan anda sentiasa bersama kami. Tuhan memberkati Dato.
Rakyat diminta bersabar & terus peka dengan amaran cuaca
Sementara itu, pihak berkuasa menasihati penduduk di kawasan berisiko untuk terus berwaspada dan peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Penduduk yang terjejas turut disarankan untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sekiranya keadaan bertambah buruk. Bantuan kecemasan juga boleh dihubungi menerusi talian kecemasan yang telah disediakan.
Semoga keadaan kembali pulih secepat mungkin, dan kepada semua mangsa banjir – anda tidak keseorangan!

