• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Taksub Mengikut Gaya Hidup Mewah, Semakin Ramai Generasi Muda Berusia 25 Tahun Ke Bawah Bankrap

Oleh
Husna Hazmi
3 November 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Generasi muda di Malaysia yang berusia bawah 25 tahun ramai yang telah bankrap kini.

Taksub Mengikut Gaya Hidup Mewah, Semakin Ramai Generasi Muda Berusia 25 Tahun Ke Bawah Bankrap. Menurut pakar, semakin ramai generasi muda di Malaysia yang berusia 25 tahun ke bawah telah membuat tuntutan muflis. Semakin ramai anak muda yang berasa tertekan kearana ingin meniru gaya hidup mewah yang sering dipaparkan di sosial media.

Ramai yang melihat kemewahan di sosial media tersebut sebagai goals dan akhirnya mendapat goals tersebut dengan cara yang salah. Menurut kenyataan daripada Sinar Harian, Pengasas serta Perunding Utama Hijrah Wealth Management Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir yang berkongsi semasa Wacana Al-Quran Siri 8 oleh kumpulan Kraftangan yang bertajuk ‘Kemuflisan pada Zaman Muda’, “Terdapat lima faktor yang digelar ‘pinjaman lima serangkai’ menyebabkan bankrap di usia yang muda ini.

Taksub Mengikut Gaya Hidup Mewah, Semakin Ramai Generasi Muda Berusia 25 Tahun Ke Bawah Bankrap
Taksub Mengikut Gaya Hidup Mewah, Semakin Ramai Generasi Muda Berusia 25 Tahun Ke Bawah Bankrap

85,000 orang yang muflis merupakan mereka yang berusia 25 tahun ke bawah

Faktor-faktornya adalah pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, pinjaman gadai janji dan juga kad kredit. Berdasarkan statistik dari 2015 hingga 2019, menunjukkan bahawa 85,000 orang yang muflis merupakan mereka yang berusia 25 tahun ke bawah”. kata Rohani Mohd Shahir

Beliau juga turut menambah, antara sebab kemuflisan golongan muda yang berusia 25 tahun ke bawah adalah kerana banyak orang muda dijamin sebagai penjamin pinjaman kenderaan ibu bapa mereka dan ada juga kumpulan anak muda yang muflis kerana mereka ingin mengikut trend, mempunyai lebih daripada satu kad kredit.

Paling mengejutkan apabila Malaysia telah mencapai tahap di mana 11 juta orang telah telah dikenal pasti memiliki kad kredit dan generasi muda berusia 25 tahun ke bawah sekurang-kurangnya mempunyai lima kad kredit mereka sendiri.

Taksub Mengikut Gaya Hidup Mewah, Semakin Ramai Generasi Muda Berusia 25 Tahun Ke Bawah Bankrap

Hutang sehingga muflis seawal usia 25 tahun

Beliau juga berharap agar golongan muda lebih fokus pada statistik tersebut dan tidak menjalani kehidupan mereka dengan pelbagai hutang sehingga muflis seawal usia 25 tahun.

Terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih terjebak dalam gaya hidup yang mewah walaupun tidak mempunyai pendapatan untuknya.

Sudah tiba masanya untuk ukur baju di badan sendiri dan berasa malu dengan kemampuan diri sendiri. Ketahuilah bahawa bukan anda sahaja yang ingin kemewahan dan keselesaan hidup tetapi tidak mampu kerana pendapatan diri yang tidak mencukupi. Ramai lagi di luar sana yang juga turut merasai perkara tersebut.

Sebaik-baiknya hiduplah di dalam keserderhanaan kerana kita tidak tahu cabaran apa yang akan datang nanti. 2020 telah mengajar kita supaya sentiasa berwaspada terutamanya dari segi kewangan, jadi marilah kita bersama-sama elakkan diri daripada belanja perkara yang tidak penting.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Parah Di Kepala Diserang Anjing Jiran
Next Article Sarawak Catat 21 Kes Positif Hari Ini, Kluster Greenhill Masih Penyumbang Terbesar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?