“Maaf, saya tidak perasan” – Hishammuddin
Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin Segera Mohon Maaf. Sejak sidang Parlimen dibuka semula, macam-macam pula kejadian yang berlaku di sana. Daripada pertukaran speaker sehinggalah perdebatan tentang makanan bekal seorang menteri.
Hari ini, ada lagi sebuah cerita menarik dikhabarkan datang dari Parlimen.
Menerusi perkongsian video di laman Twitter oleh pengguna @shamienhereyo, kelihatan seorang menteri telah menghisap vape secara sembunyi semasa seorang menteri lain menyampaikan perbahasan. Perkongsian tersebut telah tular sebanyak 1.8K ulang kicau dan 954 tanda suka.
Hisap vape dalam pelitup sepatuh muka
Dalam video tersebut, Menteri Kanan Hal Ehwal Luar Negara, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dilihat curi-curi menghisap rokok elektronik atau pun biasa dipanggil vape walaupun sedang memakai pelitup muka.
Kejadian tersebut dirakam oleh kamera siaran langsung di dalam dewan tersebut.
Adoiii buat hal betul laa 😂😂😂 pic.twitter.com/TA9B1HF23l
— Mhd Shamin (@shamienhereyo) August 6, 2020
Hishammuddin mohon maaf segera selepas tular
Menyedari perkara tersebut, Hishammuddin segera memohon maaf pada ulang kicau ciapan tersebut. Jelasnya, beliau tidak menyedari perbuatan tersebut dan berterus terang bahawa vape telah menjadi amalan terbarunya.
Beliau turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut dan memohon maaf kepada Dewan Rakyat.
Permohonan maaf tersebut setakat ini telah mendapat 2.6K ulang kicau dan 2.2K tanda suka.
Sorry, I didn't realise – it's a new habit. I apologise to the Dewan and promise to not do it again 😔 https://t.co/2BdUl6D9K2
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) August 6, 2020
Reaksi campur baur dari netizen
Kejadian tersebut turut mendapat reaksi bercampur baur dari netizen. Ada di antara netizen yang memuji keberanian menteri tersebut untuk berlaku jujur dan mengakui kesalahan dengan segera.
Namun, tidak kurang juga yang mempersoalkan sikap serta teladan yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin kerana perbuatan tersebut jelas melanggar undang-undang.
Very quick to admit and apologize. No beating around the bushes, no waiting until the majority call him out.
— Shakir Ariff Shaifuddin 🇲🇾 (@shakiriff) August 6, 2020
Lots of admiration and respect to the gentleman.
Gentleman. Made mistake, own it and apologize. I can only image the arrogant bunch like Tajuddin, Azeez, Rayer, Annuar(old does not mean you are right in what, year 2020?) to do the same.
— jerジヤ_yongヨン ゴーストオブツシマ (@jer_yong5541) August 6, 2020
@KKMPutrajaya @DGHisham @DrDzul @DrAdhamBaba Adakah menteri vape dalam Dewan Parlimen yg mulia boleh DILEPASKAN dari kompaun?? saya rasa beliau perlu dikompaun dgn kompaun yg tinggi ..klu x nanti jgn marah kalau rakyat biasa melenting bila penguatkuasa KKM nak kompoun mereka
— Ramzdhan (@ramzdhanmasdar) August 6, 2020
Does this law applies @MYParlimen ?
— #KerajaanTanpaMandat (@SiamLaksa) August 6, 2020
"The smokers were slapped with fines totalling RM208,500 for smoking in a prohibited area which they have to pay, failing which they will be charged in court,"
Those convicted can be fined up to RM10,000 or jailed up to two years or both.
"I didn't realise" – what nonsense! That the camera was on him? So he can puff all the way if the camera was not on him? Did you RESPECT the law; that NO SMOKING in the Dewan? Can every other MP just say sorry for whatever 'new habit' they doing in there too?
— Sonny ONG CC (@dercoun65) August 6, 2020
Kalau rakyat biasa merokok/vape on dekat tempat awam/kedai makan dah kena denda. Kawasan PARLIMEN memang kawasan dibenarkan merokok/vape on ke?? Ni bukan kawasan Parlimen dah ni, siap DALAM Dewan Rakyat Parlimen.
— Sunny Fuad (@sunnyfuad) August 6, 2020
Di sebalik respon bercampur baur itu, ada juga netizen yang cuba menceriakan keadaan dengan mengusik Hishammuddin tentang perisa yang digunakan untuk vape beliau.
Datuk geng creamy ke fruity 😄
— 3at (@AizzatMustafa) August 6, 2020
berapa mg tu dato seri
— mànrosé (@MuhaMmaddAimann) August 6, 2020
Flavour apa tu YB
— Z Æ D – 69 🇲🇾 (@zaidzikrijantan) August 6, 2020
@fidonasir supply this man with juice now LMAO
— a vessel for pasta (@evvok) August 6, 2020
Walau pun beliau telah meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara tersebut, namun tindakan tersebut ternyata menyalahi undang-undang. Apatah lagi beliau merupakan sosok pemimpin negara yang sepatutnya menjadi role model kepada rakyat.
Antara 23 tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok adalah seperti mana-mana tempat kerja yang berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat serta mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan dalam bangunan selain bangunan kediaman.
Lain kali jangan buat lagi ya, Dato’!