• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kastam Rampas 22 Ribu Karton Minuman Keras Pelbagai Jenama Di Mukah

Oleh
Aina Musa
4 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kastam Rampas 22 Ribu Karton Minuman Keras Pelbagai Jenama Di Mukah

10 kontena minuman keras telah pun dirampas

Kastam Rampas 22 Ribu Karton Minuman Keras Pelbagai Jenama Di Mukah. Sebanyak 22,000 karton minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai kastam dirampas dalam serbuan di sebuah dermaga di Jalan Feri Lama, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhammad Rizal Alias berkata, serbuah tersebut telah dilakukan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) lebih kurang jam 7.30 malam.

Kastam Rampas 22 Ribu Karton Minuman Keras Pelbagai Jenama Di Mukah.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenama minuman keras berjumlah 22,000 karton di dalam 10 buah kontena dan disyaki tidak mempunyai cukai kastam.

“Pasukan itu telah merampas kesemua minuman keras dan kontena berkenaan,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, turut dirampas sebuah kapal tongkang, dua buah lori treler dan 10 buah treler dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM11,327,200.

“Tiga lelaki tempatan dan seorang warga asing berumur 43 hingga 59 tahun yang berada di lokasi serbuan telah ditahan bagi membantu siasatan kerana gagal mengemukakan dokumen sah daripada kastam.

“Kesemua suspek direman selama enam hari bermula 4 hingga 10 Mei ini,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah dan diserahkan kepada bahagian siasatan jenayah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak Ingin Jadikan Kuching Sebagai Bandaraya Terbersih Di Dunia
Next Article Kenali Hisyam Samsudin, Anak Sabah Jadi Boxer Malaysia Pertama Raih Kemenangan Diperingkat Antarabangsa

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?