• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Katak Sabah, Laman Sesawang Khas Lihat Ahli Politik Yang Lompat Parti Di Sabah

Oleh
Ismail NA
3 Ogos 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Lompat si katak, lompat!

Katak Sabah, Laman Sesawang Khas Lihat Ahli Politik Yang Lompat Parti Di Sabah. Pergolakan politik di Sabah semakin meruncing sejak kebelakangan ini. Berikutan terlalu ramai ahli politik yang telah melompat parti serta perebutan kuasa, kerajaan Sabah yang diterajui oleh Dato’ Seri Mohd Syafie Apdal akhirnya mengumumkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Isi Isi Penting
  • Lompat si katak, lompat!
  • ‘Katak Sabah’ senaraikan 31 ahli politik Sabah yang tidak setia dengan parti
  • Hanya seorang ahli politik dikategorikan sebagai katak Sabah super
  • Dapat 52K pelawat dalam masa 4 hari sejak tular
  • Baca juga artikel menarik yang lain :

Oleh itu, Sabah bakal mengadakan pilihanraya negeri dalam masa terdekat, mendahului Sarawak yang sedia maklum bakal mengadakan pilihanraya negeri.

Susulan pergolakan tersebut, muncul sebuah laman sesawang yang menyenaraikan ahli politik Sabah yang mempunyai sejarah ‘lompat’ parti.

Katak Sabah, Laman Sesawang Khas Lihat Ahli Politik Yang Lompat Parti Di Sabah
Katak Sabah, Laman Sesawang Khas Lihat Ahli Politik Yang Lompat Parti Di Sabah
Sumber : Katak Sabah

‘Katak Sabah’ senaraikan 31 ahli politik Sabah yang tidak setia dengan parti

Laman sesawang Katak Sabah itu sehingga kini menyenaraikan seramai 31 ahli politik Sabah yang telah melompat parti daripada 65 ahli politik Sabah yang disenaraikan. Angka tersebut hampir seimbang dengan jumlah ahli politik yang masih setia dengan parti asal mereka.

Ahli politik yang pernah melompat parti dikategorikan kepada dua iaitu; KATAKSABAH (simbol katak berwarna merah) dan J. Gaparinus atau baka istimewa katak Sabah super (simbol katak berwarna jingga dan berputar).

Katak Sabah, Laman Sesawang Khas Lihat Ahli Politik Yang Lompat Parti Di Sabah
Sumber : Katak Sabah

Hanya seorang ahli politik dikategorikan sebagai katak Sabah super

Bagi ahli politik yang dikategorikan sebagai KATAKSABAH, mereka mempunyai sejarah pertukaran parti sama ada sekali dua atau berubah pendirian menjadi ahli politik bebas.

Namun, bagi kategori J. Gaparinus, hanya seorang sahaja ahli politik yang dilabelkan di bawah kategori tersebut iaitu Jeffrey Kitingan. Sepanjang sejarah karier politiknya, beliau sememangnya digelar sebagai ahli politik ‘katak’ dan telah melompat parti sebanyak 6 kali.

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan.
Sumber : Katak Sabah

Anda juga boleh membaca maklumat lanjut mengenai sejarah karier ahli politik yang disenaraikan di laman sesawang tersebut.

Dapat 52K pelawat dalam masa 4 hari sejak tular

Laman sesawang tersebut juga menjadi tular dan telah menjadi perhatian beberapa agensi media di Malaysia seperti The Rakyat Post, The Malaysian Insight dan Sin Chew Daily. Mereka juga telah menerima sekitar 54,700 pelawat dalam masa 4 hari sejak tular.

Sumber : Katak Sabah

Menerusi kenyataan di laman sesawang tersebut, mereka juga sedang mempertimbangkan untuk menambah senarai ‘katak’ dari negeri lain serta di peringkat persekutuan berikutan permintaan tinggi daripada orang ramai.

Pilihanraya Sabah yang dijangka berlangsung sekitar 60 hari yang akan datang bakal mempertandingkan 73 kerusi DUN dengan tambahan sebanyak 13 kerusi baru. Kerusi baru tersebut adalah DUN Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama, dan Kukusan.

Bak kata seorang ahli politik muda, “Biar ubah kawan, jangan ubah prinsip,” Ah, gitu!

Baca juga artikel menarik yang lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur Dapat Nasi Tidak Berlauk, Wanita Ini Luah Kekecewaan Layanan Hotel Kuarantin Di Kuala Lumpur
Next Article Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?