• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K

Oleh
ILB - AI
3 Ogos 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K

Berlaku di Seremban, Semenanjung Malaysia

Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K. Dengan penguatkuasaan kewajiban untuk menggunakan pelitup muka di tempat awam pada 1 Ogos yang lalu, ramai sudah bermula untuk pastikan masing-masing gunakan pelitup muka agar mengelak bayar saman RM1,000.

Namun, tak semua mampu untuk beli sekotak pelitup muka dimana sehelai hanya boleh diguna sekali sahaja.

Dalam satu perkongsian menerusi Twitter, pengguna Twitter ini dedahkan seorang lelaki gelandangan yang terpaksa mengorek sampah demi mencari pelitup muka bagi mengelak bayar saman RM1,000 tersebut.

Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K
Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K

“Pakcik nak cari mask. Kalau tak pakai nanti kena saman,” – Lelaki gelandangan terbabit

Menurut penulis ciapan tersebut, Khalid, lelaki gelandangan tersebut sering dilihat lepak di tepi jalan persekitaran Seremban. Manakala insiden tersebut berlaku di Pasar Besar Ampangan, Seremban.

Rata-rata warganet berasa simpati terhadap lelaki gelandangan itu kerana sanggup mengorek sampah untuk elak bayar saman.

Kredit: Twitter
Kredit: Twitter

Mujur lelaki tersebut sudah diberi bantuan, menurut update Khalid yang dikongsi kemudian.

Dah ada yang tolong pakcik tu. Jangan lah kita terlampau cepat nak marah orang tak pakai mask. Itu je point aku. Kita tak tahu orang lain hidup macam mana.

— i (@khalidbinainon) July 30, 2020

Setakat ini, harga siling untuk pelitup muka diguna sekali adalah RM1.50 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan, tetapi akan segera diturunkan kepada RM1.20 seunit mulai 15 Ogos 2020. Harga borong juga dijangka akan turun dari harga siling semasa RM1.45 hingga RM1.15 seunit.

Jika anda ternampak seseorang yang serba kekurangan tidak mengguna pelitup muka, tolonglah sedekah sedikit pelitup muka kepada mereka sekiranya anda mampu. Dicadangkan lebih baik untuk beri pelitup muka fabrik yang senang untuk dicuci dan dapat diserbaguna.

Kadang-kadang kita mudah lupa tak semua orang senasib baik dengan kita dan kita dengan pantasnya menilai seseorang tanpa melihat disebaliknya. Semoga lelaki ini dan ramai lain yang senasib dengan beliau dipermudahkan urusan.

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Katak Sabah, Laman Sesawang Khas Lihat Ahli Politik Yang Lompat Parti Di Sabah
Next Article Semua Peniaga Di Seluruh Negara Harus Guna Aplikasi MySejahtera, Aplikasi Lain Masih Boleh Digunakan Semua Peniaga Di Seluruh Negara Harus Guna Aplikasi MySejahtera, Aplikasi Lain Masih Boleh Digunakan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?