• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kayuhan Bermula Dari Sarawak, 2 Sahabat Nekad Jelajah 14 Negeri Naik Basikal

Oleh
Husna Hazmi
12 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mereka ingin menjelajah 14 negeri di Malaysia hanya dengan mengayuh basikal.

Kayuhan Bermula Dari Sarawak, 2 Sahabat Nekad Jelajah 14 Negeri Naik Basikal. Ingin melakukan kerja gila, dua sahabat ini nekad untuk mengembara ke 14 negeri di seluruh Malaysia dengan destinasi sejauh 4000 kilometer hanya dengan menaiki basikal.

Perkara ini dilakukan sebagai persiapan untuk menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2023 di mana lokasinya akan diumumkan pada 17 Oktober ini.

Kayuhan Bermula Dari Sarawak, 2 Sahabat Nekad Jelajah 14 Negeri Naik Basikal
Kayuhan Bermula Dari Sarawak, 2 Sahabat Nekad Jelajah 14 Negeri Naik Basikal

Bekerja sebagai penggali kubur

Jailani Ahmad Zawawi, 33 tahun dan Mohamed Naguib Farhan Malek, 33 tahun bekerja sebagai penggali kubur dan mereka memulakan misi kayuhan mereka pada Sabtu bermula dari negeri Sarawak.

Dua sahabat ini juga menjadikan misi ini sebagai kayuhan mencari jodoh memandangkan kedua-dua mereka masih lagi bujang. Ketika ditemu bual oleh Sinar Harian, mereka mengatakan idea gila ini timbul pada bulan Jun lalu dan mereka telahpun mendapat restu daripada keluarga.

Memandangkan berbasikal ini merupakan hobi dua sahabat ini, kayuhan paling jauh pernah di buat adalah dari Nilai, Negeri Sembilan ke Perak beberapa tahun yang lalu.

Kayuhan Bermula Dari Sarawak, 2 Sahabat Nekad Jelajah 14 Negeri Naik Basikal

Jikalau ada rezeki mereka boleh juga mencari jodoh sekali

Dengan berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Piala Asia 2023 tidak lama lagi, mereka ingin menjadikan misi ini sebagai pemanas badan dan jikalau ada rezeki mereka boleh juga mencari jodoh sekali. Maklumlah sambil menyelam sambil minum air.

Jailani yang merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik itu juga meluahkan kesyukuran kerana telah mendapat tajaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjayakan misi ini.

Saya akui mungkin ada sesetengah orang fikir kami buat kerja gila lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, tapi kami mahu mencabar diri,” katanya.

Jailani Ahmad Zawawi

Jelasnya lagi, mereka menyasarkan untuk menghabiskan kayuhan tersebut dalam tempoh 2 bulan dan memilih untuk bermalam di masjid atau surau atau memasang khemah di lokasi bersesuaian bagi menjimatkan kos.

Kayuhan Bermula Dari Sarawak, 2 Sahabat Nekad Jelajah 14 Negeri Naik Basikal

Sasaran dalam 50 ke 60 kilometer kayuhan sehari

Dalam masa sehari pula, mereka menyasarkan untuk membuat kayuhan antara 50 ke 60 kilometer (km) bergantung kepada cuaca. Tambahnya lagi, pengembaraannya berbasikal ini merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan kerana mereka berpeluang untuk mengenali cara hidup masyarakat di setiap negeri dengan lebih dekat.

Oleh itu, jika terdapat mana-mana pihak yang sudi unruk menawarkan tempat bermalam buat mereka, ia adalah sangat dialu-alukan. Walaupun tiada dana yang banyak dua sahabat ini juga bercadang untuk menyumbang pewangi solat kepada para jemaah di masjid yang mereka singgah.

Dengan harapan misi mereka berjalan lancar dan dipermudahkan daripada awal hingga akhir, dua sahabat baik ini meminta agar anda mendoakan misi mereka.

Sebelum ini, pemuda ini telah meraih perhatian ramai kerana menjelajah Sarawak hanya dengan berbasikal:

Kayuh Basikal Jelajah Sarawak, Kegigihan Pemuda Kedah Ini Raih Perhatian Ramai
SUMBER :Sinar Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Proton Saga Dikehendaki Dan Tular Gara-Gara Kes Langgar Dan Lari Motorsikal Di Kuching
Next Article Tular Gambar CCTV Lelaki Bawa Lari Sekarton Coca-Cola Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?