• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Semangat Nyanyi Lagu ‘Original Sabahan’, Keakraban Pasukan Sabah Sarawak Tular

Oleh
Husna Hazmi
24 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Video tular pasukan Sabah Sarawak sama-sama menyanyi pada Sukma 2024

Semangat Nyanyi Lagu ‘Original Sabahan’, Keakraban Pasukan Sabah Sarawak Tular. Dalam satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, semangat pasukan dari Sabah dan Sarawak di Sukan Malaysia (Sukma) berjaya mencuri perhatian ramai.

Video tersebut, yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @heayyyyyyy77, memaparkan detik-detik penuh semangat di mana para atlet Sabah dan Sarawak menyanyikan lagu popular “Original Sabahan” dengan penuh kegembiraan.

Semangat Nyanyi Lagu 'Original Sabahan', Keakraban Pasukan Sabah Sarawak Tular
Semangat Nyanyi Lagu ‘Original Sabahan’, Keakraban Pasukan Sabah Sarawak Tular. Gambar tangkap layar dari TikTok @heayyyyyyy77

Dinyanyikan dengan semangat tinggi

Lagu “Original Sabahan” yang terkenal dengan liriknya yang patriotik dan penuh kebanggaan terhadap identiti budaya Sabah, dinyanyikan dengan semangat tinggi oleh pasukan dari kedua-dua negeri.

Detik ini memperlihatkan betapa eratnya hubungan antara dua negeri Borneo ini, bukan sahaja dalam aspek sukan tetapi juga dalam mengangkat semangat persaudaraan.

Semangat Nyanyi Lagu 'Original Sabahan', Keakraban Pasukan Sabah Sarawak Tular
Gambar tangkap layar dari TikTok @heayyyyyyy77

Keharmonian yang dipamerkan oleh pasukan Sabah dan Sarawak

Keharmonian yang dipamerkan oleh pasukan Sabah dan Sarawak ini mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata menyatakan kekaguman mereka terhadap semangat perpaduan yang ditonjolkan.

Video ini juga mendapat 1.5 juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) dan dikongsi secara meluas, menandakan betapa berkesannya mesej persahabatan dan perpaduan yang dibawa oleh para atlet ini.

Lagi detik menarik antara pasukan Sabah dan Sarawak pada Sukma tahun ini:

Borneo Bersatu, Penyokong Sabah Sarawak Sukma 2024 Nyanyi Bersama Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’
Tular Penyokong Sarawak Turut Sorak Untuk Sabah Menang Pingat Emas Dalam Acara Tinju

SUMBER :TikTok @heayyyyyyy77
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Dikenal Pasti Sebagai Tapak Pelancaran Satelit Dan Pembangunan Industri Angkasa Lepas
Next Article Ucapan Tahniah Mula Diucapkan, Sarawak Juara Keseluruhan Sukma 2024

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?