Menteri Belia dan Sukan mengesahkan Sarawak juara Sukma 2024
Ucapan Tahniah Mula Diucapkan, Sarawak Juara Keseluruhan Sukma 2024. Dilaporkan bahawa, Sarawak telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI selepas persaingan sengit yang mendebarkan, dengan kejayaan meraih 76 pingat emas, mengatasi Wilayah Persekutuan yang memperoleh 75 pingat emas.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di mana beliau mengatakan Sarawak adalah juara buat Sukma tahun ini, dan tiada lagi acara selepas ini.


Sarawak yang juga merupakan tuan rumah telah berjaya membawa kemenangan besar buat seluruh rakyat di negeri ini.
Dalam masa yang sama, Abdul Karim turut mengucpkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, terutama sekali para atlet dan penyokong yang telah memberikan sokongan penuh kepada pasukan tuan rumah sepanjang temasya sukan tersebut.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan negeri Sarawak, tetapi juga membuktikan kesungguhan dan dedikasi para atlet serta sokongan padu daripada seluruh rakyat negeri tersebut.

