I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kebakaran Di Sibu, Blok Rumah Pekerja Lenyap Dijilat Api

Oleh Farisha
10 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

40 Pintu Rumah Pekerja di Sibu Musnah dalam Kebakaran

Kebakaran Di Sibu, Blok Rumah Pekerja Lenyap Dijilat Api. Sebuah blok kuarters pekerja warga Indonesia yang mempunyai 40 pintu musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Wong King Huo, bersebelahan Hann’s Residence, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 9.10 pagi itu mengejutkan penduduk kawasan sekitar, namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran Di Sibu, Blok Rumah Pekerja Lenyap Dijilat Api
Kebakaran Di Sibu, Blok Rumah Pekerja Lenyap Dijilat Api. Sumber foto: Suara Sarawak

Komander Operasi Bomba, Andy Alie, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 pagi dan segera mengarahkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bersama bantuan dari BBP Sungai Merah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan blok kuarters pekerja dengan struktur tidak kekal, dan blok pertama dengan 40 pintu telah musnah sepenuhnya,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Pasukan Bomba Bertindak Pantas Kawal Situasi

Walaupun api marak dengan cepat, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan tiga blok lain di kawasan itu.

  • Blok dua dan tiga, masing-masing dengan enam pintu yang berpenghuni.
  • Blok empat, yang menempatkan surau, berjaya diselamatkan sepenuhnya.

Menurut Andy, pasukan bomba menggunakan dua aliran air sepanjang 500 kaki dan 200 kaki dengan nozel yang disambungkan ke pili bomba berhampiran untuk memadamkan api.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.33 pagi dan dipadam sepenuhnya sejam kemudian.

Semua Penghuni Selamat

Andy mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam kebakaran ini, dan semua penghuni berjaya menyelamatkan diri. Bagaimanapun, blok yang terbakar musnah sepenuhnya dengan anggaran keluasan 80 x 15 kaki persegi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, dan pihak berkuasa mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan aspek keselamatan kebakaran, terutamanya bagi bangunan dengan struktur tidak kekal.

Semoga penghuni yang terkesan dalam kejadian ini mendapat bantuan sewajarnya. Nantikan maklumat lanjut apabila siasatan selesai.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes kebakaran di Sarawak:

Tragedi Tahun Baru, Kebakaran Besar Musnahkan 39 Rumah Di Labuan
2 Blok Hangus, SMK Lawas Musnah Dalam Kebakaran
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hampir Mustahil Dilalui, Jalan Bertukar Lumpur Di Bakelalan Cetus Kebimbangan Netizen
Next Article TERKINI - Pegawai Pengurusan Tertinggi Stesen TV Tempatan Ditahan Polis TERKINI – Pegawai Pengurusan Tertinggi Stesen TV Tempatan Ditahan Polis

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?