• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bangunan Kedai Di Jalan P.Ramlee Kuching Bakal Diroboh Untuk Pembangunan Baharu

Oleh
Nazihah AN
24 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Bangunan Kedai Di Jalan P.Ramlee Kuching Bakal Diroboh Untuk Pembangunan Baharu

Deretan bangunan kedai di Jalan P.Ramlee Kuching bakal diroboh

Bangunan Kedai Di Jalan P.Ramlee Kuching Bakal Diroboh Untuk Pembangunan Baharu. Jalan P.Ramlee di Kuching, Sarawak bakal kehilangan salah satu deretan bangunan kedai lama yang penuh sejarah. Menurut sebuah hantaran di laman Facebook Kuching – Then and Now, semua kedai di kawasan tersebut akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan baharu.

Perkongsian itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, terutama mereka yang membesar di kawasan itu dan mempunyai kenangan manis bersama deretan kedai ini.

Bangunan Kedai Di Jalan P.Ramlee Kuching Bakal Diroboh Untuk Pembangunan Baharu
Sumber: FB Gerald Ng/ Kuching-Then And Now

Memori Lama, Kini Hanya Tinggal Kenangan

Bangunan kedai lama yang terletak bersebelahan dengan bangunan moden Hikmah Exchange ini menjadi simbol perpaduan dan nostalgia bagi penduduk tempatan. Kedai seperti Syn Guan Hoe Motor yang terpampang dengan papan tanda “Yamaha” telah lama wujud dan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat di Kuching.

Deretan kedai ini dahulu menjadi tumpuan penduduk setempat untuk pelbagai urusan, termasuk membeli barangan keperluan harian dan alat ganti motor. Ramai yang mengimbau kenangan waktu kecil mereka yang sering menemani ibu bapa ke sini untuk membeli barang-barang keperluan. Bagi mereka, kawasan ini bukan sahaja sebuah pusat perniagaan tetapi juga tempat interaksi sosial.

Namun begitu, dengan perubahan masa dan keperluan untuk memodenkan kawasan bandar, salah seorang daripada netizen meninggalkan komen bahawa pemilik premis kedai tersebut dilaporkan telah menerima pampasan sewajarnya bagi proses pembangunan ini. Sebuah projek baharu dijangka akan menggantikan deretan kedai ini untuk memastikan kawasan tersebut terus berkembang maju dan tidak menjadi bandar mati (ghost town).

Netizen Terimbau Memori Lama

Hantaran gambar tersebut telah mengingatkan warga Kuching tentang peranan penting kawasan ini dalam kehidupan seharian mereka suatu ketika dahulu. Bagi sesetengah pihak, perubahan ini dilihat sebagai langkah ke arah memajukan bandar, manakala yang lain menganggapnya sebagai pengakhiran kepada kenangan yang sukar dilupakan. Kawasan ini pernah menjadi tempat yang menyimpan pelbagai cerita dan kisah masyarakat setempat.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Sarawak Metro Muat Naik Teaser Stesen ART Fasa Pertama Di Hikmah Exchange
Bangunan Pintar Pertama Di Sarawak, Hikmah Exchange Bakal Jadi Pencakar Langit Di Satok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Komponen Kerosakan Dalam Pesawat Baharu MAS A330neo Dikenal Pasti, Bakal Diganti Komponen Rosak Dalam Pesawat Baharu MAS A330neo Dikenal Pasti, Bakal Diganti
Next Article Miri Sentral Bakal Mula Beroperasi Secara Rasmi Mulai Januari 2025 Miri Sentral Bakal Mula Beroperasi Secara Rasmi Mulai Januari 2025

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?