• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kediaman Hangus Dijilat Api Selepas Powerbank Meletup, Individu Rugi RM20K

Oleh
Farisha
23 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Rumah influencer Amad Zahry musnah dalam kebakaran

Kediaman Hangus Dijilat Api Selepas Powerbank Meletup, Individu Rugi RM20K. Seorang influencer media sosial tempatan, Amad Zahry, baru-baru ini dilanda musibah apabila kediamannya terbakar akibat letupan powerbank. Kejadian malang ini telah dikongsi melalui satu video TikTok yang kini menjadi bualan ramai.

Rakaman video tersebut memperlihatkan bahagian atas rumah Amad dijilat api, manakala anggota bomba berusaha gigih memadamkan kebakaran. Pada mulanya, Amad cuba memadamkan api tersebut sendiri, namun usahanya terbantut disebabkan asap tebal yang pekat.

Kediaman Hangus Dijilat Api Selepas Powerbank Meletup, Individu Rugi RM20K
Kediaman Hangus Dijilat Api Selepas Powerbank Meletup, Individu Rugi RM20K

Nasib menyebelahi beliau kerana sempat menyelamatkan telefon bimbit dan memanggil pihak bomba. Difahamkan, tiada nyawa terkorban dalam kejadian tersebut.

Hari berikutnya, Amad memeriksa kemusnahan yang berlaku di rumahnya. Kerusi permainan di studio beliau musnah teruk, dan bumbung rumah mengalami kerosakan besar. Namun begitu, beberapa gajet elektronik dan naskhah al-Quran terselamat daripada kebakaran. Dianggarkan kerugian yang dialami mencecah RM20,000.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet melahirkan rasa simpati dan memberikan kata-kata semangat kepada Amad. Malah, ada yang menawarkan bantuan peribadi.

Bukan itu sahaja, segelintir warganet turut mengambil iktibar dengan membuang powerbank lama mereka, bimbang kejadian serupa boleh menimpa mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Powerbank Meletup Dalam Penerbangan Ke Singapura, Didapati Akibat ‘Overheating’
Letupan Di Kilang Samalaju Bintulu, 2 Pekerja Maut Semasa Menjalankan Kerja Sambungan Paip
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Andy Lau Sie Hui Pecah Rekod Para SUKMA 2024, Peroleh Emas Kelima Untuk Sarawak Andy Lau Sie Hui Pecah Rekod Para SUKMA 2024, Peroleh Emas Kelima Untuk Sarawak
Next Article Polis Siasat Kes Turunkan Bendera Malaysia, Naikkan Bendera Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?