I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau

Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 09/03/22 11:54 AM
Kongsi
5 Min Bacaan
Kongsi

Nak pergi ke gua tapi jauh sangat? Bagi mereka yang tinggal di bahagian selatan Sarawak, ini adalah gua terdekat yang boleh anda kunjungi.

Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau. Selain terkenal dengan tempat mendaki, Sarawak juga mempunyai keindahan struktur gua batu kapur yang tidak kurang hebatnya. Seindah namanya, terdapat sebuah gua yang mesti anda kunjungi memandangkan kini ia telah selesai ditambah baik dan berwajah baharu!

Gua Pari-Pari terletak di Pekan Bau, iaitu kira-kira 40 kilometer dari pusat bandar Kuching dan mengambil masa lebih kurang 45 hingga 1 jam perjalanan menggunakan kereta. Untuk makluman anda, gua ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Walau bagaimanapun, gua ini akan dibuka untuk kunjungan awam sekiranya hari Isnin tersebut merupakan cuti umum.

Anda juga dinasihatkan untuk pergi ke sini pada waktu panas atau selepas hujan reda kerana gua ini akan ditutup sementara sekiranya cuaca hujan, ribut atau guruh bagi memastikan keselamatan pengunjung daripada struktur batu kapur yang tidak stabil.

Cuma bayar RM 1 sahaja. Murah giler!

Anda juga tidak perlu berbelanja mahal untuk menikmati pengalaman yang menakjubkan di dalam gua ini. Bagi pengunjung dewasa yang berusia 19 hingga 59 tahun, mereka hanya perlu membayar RM 1 sahaja manakala warga emas, golongan kelainan upaya, remaja serta kanak-kanak yang berusia 6 hingga 18 tahun dibenarkan masuk secara percuma. Yuran masuk untuk pengunjung bukan Malaysia juga sangat murah iaitu dari RM 2 hingga RM 5 sahaja mengikut kategori.

Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau

Bagi mengelakkan kesulitan, kami nasihatkan anda untuk memakai kasut bertutup kerana pihak rizab tidak akan membenarkan anda masuk sekiranya anda tidak memakai kasut yang sesuai. Jika anda betul-betul terlupa atau terdesak, tak mengapa. Anda tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana pihak rizab ini turut menyediakan sewaan kasut getah dengan bayaran RM 3.

Tiga trail dengan pengalaman yang menakjubkan

Terdapat TIGA trail yang boleh anda nikmati di dalam Gua Pari-Pari ini iaitu Dark Trail, Twilight Trail dan Summit Trail (Trail Summit Gunung Kapur). Daripada tiga trail ini, hanya dua trail (Dark Trail dan Twilight Trail) yang anda boleh kunjungi tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong. Bagi Trail Summit Gunung Kapur pula, anda diwajibkan untuk menempah pemandu pelancong yang telah diperakui oleh pihak Rizab bagi menemani pengembaraan anda sehingga ke puncak gunung.

Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau

Dari pintu pagar hadapan, anda akan menaiki beberapa tingkat anak tangga sebelum anda masuk ke dalam trail pertama iaitu Twilight trail. Dalam trail ini, anda bakal menemui struktur batu kapur yang mengagumkan. Sepanjang laluan, anda akan dipamerkan dengan kehijauan bahagian dalam gua yang pastinya memukau pandangan anda.

Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau

Di sini juga terdapat spesis tumbuhan unik yang hanya mempunyai satu daun iaitu Monophyllaea atau turut dikenali sebagai one-leaf plant. Selain itu, anda juga bakal menemukan tumbuhan berbunga yang lain seperti begonia speluncae Ridl.

Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau

Masuk ke bahagian Dark Trail pula, anda perlu menggunakan lampu suluh untuk melalui kawasan ini. Dah nama pun trail gelap kan. Menurut renjer yang bekerja di sini, Dark Trail ini dibuka khas untuk mereka yang ingin merasai pengalaman menjejaki gua, terutamanya bagi mereka yang belum pernah memasuki gua.

Struktur stalagmit dan stalaktit sudah tentunya perkara pertama yang akan anda lihat sebaik sahaja memasuki trail ini. Kedua-dua struktur ini terbentuk hasil daripada perkumpulan kalsium karbonat daripada air yang menitis. Jika anda bertuah, anda boleh menemui kelawar-kelawar sedang tidur di siling gua!

Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau
Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau

Bagi mereka yang ingin mengambill gambar kenang-kenangan, anda juga boleh berbuat demikian di atas platform dengan pemandangan sawah padi yang menghijau serta gunung yang dipanggil Bung Podad dan Bung Ngiraja.

Kehijauan Tersembunyi Dalam Terowong Batu Kapur, Terokai Gua Pari-Pari Di Bau

Anda pasti tidak akan menyesal pergi ke sini kerana vibe nya lebih kurang sama seperti Gua Niah di Miri! Sama cantik, sama ajaib!

Taman Rizab Gua Pari-Pari dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang. Kalau pergi ke sini, jangan lupa ambil gambar dan tag media sosial kami.

Selain Gua Pari-Pari, anda juga boleh meneroka Gua Silabur yang memantulkan spektrum warna apabila terkena pancaran matahari:

Sabah lagi ekstrim! Ada gua yang paling banyak lipas di dunia:

Nur Afifah 9 Mac 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Kenapa Orang Sarawak Kalau Berbual Mesti Nak Mencarut Eh?", Tony Eusoff Terima DM Ini Bikin Dekah ‘Kenapa Orang Sarawak Kalau Berbual Mesti Nak Mencarut Eh?’, Tony Eusoff Terima DM Ini Bikin Dekah
Next Article McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia McDonalds, Starbucks Dan Coca-Cola Gantung Aktiviti Perniagaan Di Russia

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Tempat Menarik

Diiktiraf Sebagai Lokasi Menyelam Terbaik Di Dunia, Keindahan Pulau Mabul Sabah Pasti Buat Anda ‘Speechless’

26 Jun 2022
Nikmati Pemandangan Gunung, Jom Camping Di Polumpung Melangkap View Di Sabah
Tempat Menarik

Nikmati Pemandangan Gunung, Jom Camping Di Polumpung Melangkap View Di Sabah

26 Jun 2022
Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah
Tempat Menarik

Umpama ‘Syurga Dunia’, Cabana Retreat Tarikan Unik Di Kota Belud Sabah

26 Jun 2022
Hidden Gem Dalam Hutan, Nikmati Air Terjun Arong Serait Di Kampung Selabat Muara Tebas
Tempat Menarik

Hidden Gem Dalam Hutan, Nikmati Air Terjun Arong Serait Di Kampung Selabat Muara Tebas

25 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?