• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Aksi Kejar Mengejar Atas Bumbung Rumah Di Bintulu, Polis Kini Tangkap Dua Individu

Oleh
Aina Musa
17 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Aksi Kejar Mengejar Atas Bumbung Rumah Di Bintulu, Polis Kini Tangkap Dua Individu

Kedua-dua individu itu kini berjaya diberkas

Tular Aksi Kejar Mengejar Atas Bumbung Rumah Di Bintulu, Polis Kini Tangkap Dua Individu. Seorang lelaki yang didakwa mencetuskan kehebohan terjatuh ketika sedang dikejar di atas bumbung kawasan rumah kedai di Pasar Lama Bintulu akhirnya ditangkap, manakala dua individu yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata parang juga berjaya ditahan.

Superintendent Nixon Joshua Ali, Ketua Polis Daerah Bintulu, mengesahkan bahawa dua suspek yang dipercayai terlibat dalam satu kes samun berkumpulan bersenjatakan parang di kawasan Balingian, Mukah, telah ditangkap.

Tular Aksi Kejar Mengejar Atas Bumbung Rumah Di Bintulu, Polis Kini Tangkap Dua Individu. Sumber: Borneo Network

“Suspek-suspek ini dilaporkan melarikan diri dan bersembunyi di sebuah hotel bajet di kawasan Pasar Lama, Bintulu. Video kejadian di Pasar Lama itu telah menjadi viral,” katanya dalam satu kenyataan.

Nixon menambah, dua lelaki tempatan yang disyaki sebagai suspek telah berjaya ditahan untuk membantu siasatan berhubung Laporan Balingian 272/2024, yang melibatkan kes samun bersenjata parang.

Beliau menegaskan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun berkumpulan.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan berita palsu atau membuat spekulasi yang tidak benar, kerana tindakan sedemikian mungkin menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

“Jika ada pihak yang mempunyai maklumat berkenaan dengan jenayah tersebut, sila tampil ke Balai Polis Berdekatan atau hubungi bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Keluar Dengan Bini Orang Punca Lelaki Diserang Di Sibu
Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keluar Dengan Bini Orang Punca Lelaki Diserang Di Sibu
Next Article Miri Catat Kecurian Elektrik Dan Perlombongan Wang Kripto Tertinggi Di Sarawak Miri Catat Kecurian Elektrik Dan Perlombongan Wang Kripto Tertinggi Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?