• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keluar Dengan Bini Orang Punca Lelaki Diserang Di Sibu

Oleh
Farisha
17 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Video lelaki kena belasah di Sibu, polis saran jangan buat spekulasi

Keluar Dengan Bini Orang Punca Lelaki Diserang Di Sibu. Pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai video seorang lelaki yang diserang beberapa lelaki di Sibu yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili menyatakan dalam kenyataan beliau semalam bahawa kejadian itu berlaku di Terminal Bas Ekspres di Jalan Pahlawan kira-kira pukul 5 petang pada hari Ahad lepas.

Keluar Dengan Bini Orang Punca Lelaki Diserang Di Sibu
Keluar Dengan Bini Orang Punca Lelaki Diserang Di Sibu. Gambar hiasan

Diserang dan dibawa ke sebuah rumah di Jalan Sentosa

Mangsa yang umurnya tidak dinyatakan dikatakan telah didatangi oleh tiga lelaki yang tidak dikenali, kemudian diserang sebelum dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda ke sebuah rumah di Jalan Sentosa.

“Pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada mangsa pada pukul 10.29 malam pada hari yang sama. Berikutan maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 26 tahun,” kata beliau menurut laporan.

Punca kejadian adalah disebabkan mangsa telah keluar dengan isteri suspek

Beliau menyatakan hasil siasatan mendapati punca kejadian itu adalah kerana mangsa telah keluar bersama isteri suspek. Oleh kerana rasa marah, suspek bersama tiga rakannya yang masih bebas telah memukul mangsa dan mengugut agar mangsa tidak mengganggu isterinya lagi.

https://www.facebook.com/watch/?v=938271891358857

Zulkipli menjelaskan suspek ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lelaki Cemburu Nekad Bakar Kereta Didakwa Skandal Isteri Di Membakut
Kulit Kepala Terbelah, Pengawal Keselamatan Kelab Diserang Ketika Melerai Pergaduhan Di Tawau
SUMBER :Malaysiakini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Saman Musim Raya Di Sarawak Meningkat 5 Kali Ganda Tahun Ini
Next Article Tular Aksi Kejar Mengejar Atas Bumbung Rumah Di Bintulu, Polis Kini Tangkap Dua Individu Tular Aksi Kejar Mengejar Atas Bumbung Rumah Di Bintulu, Polis Kini Tangkap Dua Individu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?