• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Kek Tapak Kuda, Hidangan Simbolik Hari Raya Di Brunei

Oleh
Aina Musa
19 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Persis swiss roll, kenali kek tapak kuda yang trendy

Ketahui Kek Tapak Kuda, Hidangan Simbolik Hari Raya Di Brunei. Jika di Sarawak, kek lapis merupakan antara kek wajib yang ada di setiap rumah semasa musim perayaan, di Brunei pula, kek tapak kuda antara kek yang popular dihidangkan pada hari raya.

Buat yang first time melihat kek tapak kuda ini mesti terus beranggapan ‘kek gulung’ itu sebenarnya adalah swiss roll yang sering dijual di pasaran.

Tetttt! Tanggapan anda sebenarnya salah! Benar, walaupun kek tapak kuda ini mempunyai persamaan dari segi rupa bentuk dengan swiss roll, namun ia sebenarnya adalah kek tradisional masyarakat di Brunei.

Tapiiii..kenapa kek ini digelar sebagai kek tapak kuda? Mesti anda tertanya-tanya kan?

Ketahui Kek Tapak Kuda, Hidangan Simbolik Hari Raya Di Brunei. Sumber: Google

Sebelum dipotong, kek tapak kuda ini berbentuk bulat dan panjang menyerupai kek baulu gulung, tetapi apabila dihiris coraknya kelihatan persis seperti tapak kuda. Sebab inilah kek tersebut diberi nama kek tapak kuda!

Ia mempunyai tekstur lembut di bahagian luarnya, manakala di dalamnya mengandungi inti pelbagai jenis seperti krim coklat, nestum dan nutella.

Bahan-bahan untuk membuat kek tapak kuda sangat simple iaitu telur, gula, tepung, baking powder, mentega, essence vanila, emulsifier, mentega dan nutella.

Kek ini biasanya disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan rasa Nutella.

Menariknya, kek ini mula popular dan dikomersialkan di Malaysia bermula hujung tahun lepas.

Ibarat pisang goreng panas, setiap kali pengusaha kek tapak kuda menjual kek ini, pasti kek tersebut laku keras dan terjual dalam masa yang singkat.

Menariknya, kek tapak kuda di Malaysia diolah dengan pelbagai rasa. Antaranya, nutella crunchy, pistachio, lotus biscoff dan yang paling terkenal adalah matcha crunchy!

Baca lagi artikel menarik:

Cromboloni, Pastri Popular Yang Kini Boleh Didapati Di 3 Bakeri Di Kuching
Ini Antara 5 Port Rojak Ayam Yang Nyaman Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Hantar 1000 Atlet Ke SUKMA 2024 Dalam Semua Acara
Next Article Ini Kompilasi Momen Istimewa Tengku Hassanal Bersama Rakyat Sarawak Ini Kompilasi Momen Istimewa Tengku Hassanal Bersama Rakyat Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?