Sarawak sasar atlet berpotensi Suksar sertai Sukma 2024
Sarawak Hantar 1000 Atlet Ke SUKMA 2024 Dalam Semua Acara. Sarawak dijangka akan menghantar lebih kurang 1,000 orang atlet untuk bertanding dalam semua 37 acara sukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 pada bulan Ogos tahun ini.
Menurut sumber, Sukma kali ini akan diadakan di Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos. Selain atlet yang sudah disenaraikan dalam skuad bayangan, Sarawak juga akan memilih atlet berpotensi dari Sukan Sarawak (Suksar) edisi ketiga yang baru selesai pada minggu lepas.
Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata mereka akan mengumumkan acara sukan yang menjadi target untuk memenangi medal apabila hampir tarikh Sukma nanti.
Ini kerana sebahagian atlet masih berada di luar negara dan ada yang belum disenaraikan dalam skuad bayangan.
Diadakan 9 bahagian di Sarawak
Abdul Karim turut menjelaskan bahawa acara Sukma akan diadakan di 9 bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Ini bagi memberi peluang kepada semua rakyat Sarawak menyaksikan pertandingan dan memberi sokongan kepada atlet negeri.
Beliau yakin dengan sokongan penuh rakyat Sarawak kepada para atlet, Sarawak mampu menjadi juara keseluruhan Sukma kali ini.
Untuk maklumat, kali terakhir Sarawak menjuarai Sukma adalah pada tahun 1994.
