• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur

Oleh
ILB - AI
23 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Makanan Asli Pantai Timur. Port makan baru yang korang patut pergi.

Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur. Sebut sahaja makanan pantai timur, mesti kita akan bayangkan Nasi Kerabu berwarna biru nila yang dihidangkan dengan bermacam-macam lauk dan tak lupa juga kerepek ikan yang rangup. Fuh memang terliur. 🤤

Menerusi hantaran di Facebook Abe Roh Ztmb, Warung Mek ini baru sahaja membuat pembukaan rasminya semalam namun ramai warga Kuching sudah terliur untuk merasai rasa asli makanan pantai timur ini dan mula membanjiri ruangan komen di Facebook pemilik warung ini.

Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur
Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur. Kredit: Facebook Abe Roh Ztmb

Wah, Sedapnya! Apa menu yang wajib try dekat Warung Mek ni?

Warung Mek yang diusahakan dengan gandingan Pokwi dan Pokdin ini sudah pasti akan menjadi tempat wajib breakfast dan lunch warga Kuching nanti kerana makanan pantai timur ini sudah digemari oleh semua masyarakat hampir di kesemua negeri.

Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur
Kredit: Facebook Abe Roh Ztmb

Haa, sudah semestinya menu yang dihidangkan di Warung Mek ini adalah Nasi Kerabu dan Nasi Kukus. Namun, terdapat beberapa hidangan sampingan yang anda semua boleh cuba disini misalnya seperti tumis bilis, labu sira, gulai ikan, ikan celup tepung, ayam percik, singgang daging, gulai daging, solok lada, ayam goreng berempah, daging bakar, ayam bakar dan ikan percik.

Warga Kuching sudah tidak sabar untuk serbu Warung Mek

Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur
Kredit: Facebook Abe Roh Ztmb

Bagi warga Kuching yang teringin untuk merasai rasa asli makanan pantai timur, bolehlah datang ke Warung Mek yang terletak di Jalan Muhibbah Kampung Nombor beroperasi seawal jam 11 pagi hingga 9 malam.

Pautan ke lokasi kedai: Google Map Warung Mek, Jalan Muhibbah, Kampung No 3, Satok Kuching

Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur

Apa lagi guys, jom kita pakat ramai-ramai pergi ke Warung Mek ni untuk merasai sendiri rasa asli makanan pantai timur.

Kalau tekak anda teringin nak makan makanan Utara Malaysia di Kuching Samarahan, boleh usha kedai makan ini juga:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai
Next Article Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara ‘Nasihat’ Lucu Orang Sarawak Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?