I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 23 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Menyambut Hari Sarawak dengan cara yang berbeza.

Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai. Sambutan Hari Sarawak Yang Unik Dengan Ukiran Wajah Pemimpin Pada Sebiji Buah Tembikai. Seperti yang kita sedia maklum, 22 Julai adalah hari penting untuk semua warga Bumi Kenyalang. Hari dimana kita sebagai anak jati Sarawak, memperingati permulaan untuk proses kepemimpinan sendiri oleh rakyat Sarawak.

Kita mungkin terbiasa dengan aktiviti perdana dalam menyambut hari penting ini. Namun, berbeza untuk individu yang memiliki nama glamournya, Alex Azhar Dewana apabila beliau mempersembahkan hasil tangannya yang cukup berseni di media sosial miliknya sempena menyambut Hari Sarawak.

Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai
Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai. Sumber gambar: FB Alex Azhar Dewana

Hanya menggunakan buah tembikai, tanpa latihan kemahiran secara formal

Selalunya kita melihat orang mengukir hiasan bunga-bungaan, haiwan, tetapi hebatnya Alex Azhar apabila beliau mengukir raut wajah pemimpin hanya dengan menggunakan buah tembikai sebagai platform seninya. Lebih mengagumkan apabila minat tersebut telah diasahnya sejak 3 tahun yang lalu dan hanya berbekalkan panduan dari Youtube.

Mengukir wajah Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Haji Adenan Bin Haji Satem serta wajah Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg sebagai simbolik untuk menyambut hari Sarawaknya pada tahun ini telah tular sejak semalam.

Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai
Sumber gambar: FB Alex Azhar Dewana

Memiliki nama sebenar Muhammad Azharuddin Bin [email protected], lelaki yang berusia 36 tahun ini merupakan seorang chef di sebuah hotel terkemuka di Bintulu dan dalam masa yang sama, beliau turut bekerja di salah sebuah perusahaan perkapalan di Miri.

Mengukir wajah perdana menteri dan bekas perdana menteri sebagai cabaran pertama

Menurut beliau, pada tahun 2021 yang lalu beliau telah mencabar diri dan buat pertama kalinya mengukir wajah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai
Sumber gambar: FB Alex Azhar Dewana

Ukiran pada tembikai semalam adalah hasil tangannya yang ketiga dimana pada hari Malaysia tahun lalu, beliau telah banyak mengukir wajah pemimpin-pemimpin Malaysia seperti Yang Di-Pertuan Agong serta Permaisuri, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak. Tidak ketinggalan, beliau juga mahir mengukir jalur gemilang pada sebiji tembikai.

Berbekal Panduan Di Youtube, Chef Di Bintulu Ini Hasilkan Ukiran Realistik Di Atas Tembikai
Sumber gambar: FB Alex Azhar Dewana

Walaupun tidak dapat menyambut Hari Kemerdekaan tahun lalu akibat PKP namun ini tidak mematahkan semangat beliau sehingga kini.

Ukiran mengambil masa satu hari

Proses mengukir ini hanya dilakukannya di rumah semasa waktu cuti bahkan mampu disiapkan dalam masa 1 hari. Beliau juga mengakui bahawa pada masa ini, kemahiran beliau masih sebatas menggunakan tembikai, lobak merah, lobak putih dan labu kuning untuk dijadikan bahan ukiran. Ditanya sama ada beliau pernah menyertai sebarang pameran untuk mempersembahkan bakatnya ini, beliau amat berbesar hati sekiranya diberi peluang sedemikian pada masa akan datang.

Tapi, seni mengukir wajah yang hampir sempurna hanya menggunakan buah tembikai ini amat eksklusif. Tidak semua memiliki kemampuan sehebat Alex. Tahniah!

Kenali juga anak Sarawak yang memiliki bakat besar dalam bidang seni terutamanya seni mural dan seni ukiran sehingga berjaya menempa nama ke luar negara :

SUMBER : Alex Azhar Dewana
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penduduk Labuan Rupanya Orang Paling Bahagia Di Malaysia
Next Article Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?