• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara ‘Nasihat’ Lucu Orang Sarawak Ini

Oleh
ILB - AI
23 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Tapi memang unik juga lah cara dia ni jaga jam ya, gais.

Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara ‘Nasihat’ Lucu Orang Sarawak Ini. Mungkin di Malaysia kita belum melihat pekerjaan seperti ini. Namun, pekerjaan sebagai seorang penjaga jam sememangnya ada di luar negara.

Kedengaran seperti mudah. Hanya sekadar menjaga jam tetapi rupa-rupanya, pekerja tersebut perlu memadam jarum jam dan melukisnya semula setiap minit. Gerak-geri pekerja ini telah dirakam oleh seorang pengguna sosial media, Pak Jack menerusi video pendek berdurasi 52 saat itu yang telah tular sejak beberapa hari yang lalu semasa beliau berada di lapangan terbang Schipol, Amsterdam Belanda.

Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara 'Nasihat' Lucu Orang Sarawak Ini
Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara ‘Nasihat’ Lucu Orang Sarawak Ini. Sumber gambar: FB Pak Jack

Sehingga artikel ini ditulis, video pendek ini telah mendapat sebanyak lebih 700 perkongsian dan lebih 200 tanda suka.

Nasihat lucu warga Sarawak ini undang perhatian netizen

Malah menjadi lucu apabila Pak Jack yang merupakan warganegara Malaysia berasal dari Sarawak telah menggunakan loghat bahasa Sarawak semasa beliau merakam gelagat penjaga jam ini.

Beliau memberi nasihat berbaur humor kepada netizen yang mengatakan bahawa terdapat pekerjaan yang lebih sukar di luar sana. Contohnya seperti penjaga jam ini.

Di saat kita mengeluh tentang pekerjaan, ada lagi orang yang lebih susah. Setiap minit dia mengecat. Setiap minit dia padam, setiap minit dia cat semula,”

Pak Jack via Facebook

Tambah melucukan, lelaki ini juga sempat memberikan analogi jika penjaga jam tersebut ditanya tentang pekerjaannya.

Kalau orang tanya kamu kerja apa. Kamu jawab, “Saya kerja jaga jam”, (nanti orang tu balas balik) “Nyaman palak (untungnya) kerja jaga jam”. Kerja dulu, tengok lah macam mana (rasa kerja jaga jam ni),”

Jaga jam..

Posted by Pak Jack on Tuesday, July 19, 2022

Ini antara dialog yang mencuit hati dalam video pendek tersebut kerana bagi kita sekadar penjaga jam pasti kerjanya mudah. Tapi, dengan setiap minit perlu berdiri, duduk semula, perlu memadam jarum jam dan melukis semula sangat memerlukan tenaga yang luar biasa. Remeh pada nama tapi rumit pekerjaannya.

“Tak boleh ‘ngular’ kerja ni u,” – Netizen

Lebih menghiburkan apabila netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen di video tersebut dengan pelbagai gurauan. Ada yang komen lucu, ada juga berbaur sindiran dalam nada bergurau Ada juga komen berbisa seperti “Xdpt ngular kerja tok u”.

Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara 'Nasihat' Lucu Orang Sarawak Ini
Sumber gambar: FB Pak Jack
Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara 'Nasihat' Lucu Orang Sarawak Ini
Sumber gambar: FB Pak Jack
Penjaga Jam Di Amsterdam Tular Gara-Gara 'Nasihat' Lucu Orang Sarawak Ini
Sumber gambar: FB Pak Jack

Dengan adanya video pendek daripada Pak Jack ini, kita menjadi lebih tahu tentang pekerjaan lain dari luar negara. Ada di antaranya yang tidak wujud di Malaysia, tetapi pekerjaan sebegini lah yang diusahakan oleh penduduk di luar negara untuk mencari sesuap rezeki.

Inilah yang dikatakan, jauh berjalan luas pemandangan.

Di sini, lain pula ceritanya bila dah dapat kerja ‘gomen’. Ini cerita yang tular beberapa hari lalu di Sabah:

Prinsip anak gadis ini pula wajar menjadi contoh dan teladan di zaman kita dihambat kekurangan peluang pekerjaan yang setimpal:

SUMBER :FB Pak Jack
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kelate Boh! Warung Mek di Kpg Nombor Ini Port Baru Makanan Asli Pantai Timur
Next Article [VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan [VIDEO] Tular Individu Dipukul Orang Awam Terlibat Kes Curi Kenderaan Kini Disiasat Pihak Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?