• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Situasi 4 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan ‘Cium Bontot’ Berantai Di Bintulu

Oleh
ILB - AI
16 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular video situasi 4 buah kenderaan di Bintulu terlibat kemalangan ‘cium bontot’ berantai

Tular Situasi 4 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan ‘Cium Bontot’ Berantai Di Bintulu. Dari hari pertama kita mengikuti latihan memandu, rasanya pesanan yang pertama diterima adalah jaga jarak pemanduan kita dengan kenderaan di hadapan.

Pesanan yang nampak bersahaja namun besar impaknya jika kita abaikan. Kemalangan berantai 4 buah kenderaan di Bintulu. Kemalangan yang berlaku di Bintulu ini tular apabila satu video berkenaan tular dan terlihat 4 buah kenderaan telah ‘mencium bontot’ kenderaan lain di hadapan mereka.

Kemalangan berantai 4 buah kenderaan di Bintulu
Kemalangan berantai 4 buah kenderaan di Bintulu. Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Sebuah Hilux melanggar belakang Hilux lain dan sebuah Saga pula melanggar belakang Hilux yang melanggar lalu sebuah Bezza pula melanggar belakang Saga, begitulah rantaiannya

4 buah kenderaan yang terlibat iaitu 2 buah Toyota Hilux, sebuah Proton Saga dan sebuah Perodua Bezza telah terlibat dalam kemalangan berantai dimana keempat-empat buah kenderaan ini telah melanggar belakang kereta satu sama lain.

Kejadian yang telah dirakam oleh orang awam ini dapat menyaksikan dimana sebuah Toyota Hilux melanggar belakang Hilux yang berada di hadapan sekali rantaian tersebut. Diikuti dengan Saga yang telah melanggar belakang Hilux yang melanggar Hilux pertama tadi. Lalu, Saga juga turut dilanggar dari belakang oleh sebuah Bezza.

Kemalangan berantai 4 buah kenderaan di Bintulu
Kemalangan berantai 4 buah kenderaan di Bintulu. Sumber gambar: FB Francis ngu hown hua page

Kejadian seperti ini dipercayai berlaku kerana kegagalan menjaga jarak pemanduan antara satu sama lain. Dengan pemanduan yang agak laju, apabila berlakunya keadaan yang dipanggil “emergency break”, masing-masing sukar untuk mengawal kelajuan untuk berhenti dengan segera.

Impaknya, masing-masing kenderaan akan mencium bontot kenderaan di hadapan mereka atau mungkin akan tersasar daripada landasan sehingga mengakibatkan keadaan yang lebih teruk. Bahkan, kalau memandu dengan kelajuan yang tinggi, kemalangan seperti ini akan menyebabkan kerosakan yang kritikal dan kerugian yang tinggi.

SUMBER :FB Bintulu News PageFB Francis ngu hown hua page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suka Bertukar Duka, 17 Mangsa Disahkan Maut Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Batang Kali Suka Bertukar Duka, 16 Mangsa Disahkan Maut Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Batang Kali
Next Article Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching Padah Rogol Remaja OKU, Lelaki Ini Dikenakan Penjara 23 Tahun Dan Disebat 15 Kali Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?