• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kembar Berbakat Dari Sarawak Wakili Malaysia Di Pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia

Oleh
Nazihah AN
25 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kembar Berbakat Dari Sarawak Wakili Malaysia Di Pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia

Pasangan Kembar Sarawak Wakili Malaysia ke WCOPA 2024

Kembar Berbakat Dari Sarawak Wakili Malaysia Di Pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia. Pasangan kembar berbakat dari Sarawak, Aleysha dan Ryan Zachary Shareef, 11, akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) 2024 yang akan berlangsung dari 28 Jun hingga 6 Julai di Long Beach, California, Amerika Syarikat.

Mereka terpilih untuk menyertai pasukan Malaysia selepas berjaya dalam kategori vokal dan peragaan 11-12 junior di peringkat akhir WCOPA kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Kembar Berbakat Dari Sarawak Wakili Malaysia Di Pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia
Kredit: BERNAMA

Kembar Berbakat Dari Sarawak Wakili Malaysia Di Pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia

Ibu mereka, Shirley Hasmani Eddie, menyatakan bahawa Aleysha dan Ryan Zachary telah menjalani latihan intensif untuk vokal dan peragaan sejak dua bulan yang lalu. Beliau berkata kedua-dua anaknya telah mengikuti kelas muzik sejak berusia enam tahun, namun tidak menyangka mereka akan berpeluang ke pentas dunia secepat ini mewakili Malaysia dan diri mereka sendiri.

“Saya gembira mereka telah mencapai tahap ini, tetapi kami sedar bahawa banyak usaha keras diperlukan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam.

Shirley Hasmani turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang telah menaja perbelanjaan pasangan kembar tersebut, serta kepada semua penyokong yang memberi sumbangan.

Aleysha akan menyanyi solo dalam tiga genre vokal iaitu rock dan balada, pop serta broadway dengan pakaian formal dan kasual dalam kategori peragaan, selain dua duet vokal dalam genre pelbagai dan pop bersama Ryan Zachary. Ryan Zachary pula akan menyertai genre vokal pop dan terbuka dengan pakaian formal dan kasual dalam peragaan, serta duet bersama Aleysha.

Pasangan kembar tersebut akan menyertai pasukan Malaysia yang terdiri daripada 15 bakat yang terpilih ke WCOPA tahun ini, iaitu satu-satunya acara antarabangsa seumpamanya yang diadakan setiap tahun di sekitar Hollywood.

Baca juga artikel artis muda dari Sarawak yang berbakat:

Penari Cilik Ngajat, Kenali Dion Das Louis Duta Budaya Sarawak Ke Amerika Syarikat
Pelajar OKU Penglihatan Dari Sabah Raih Tempat Pertama Dalam Pertandingan USA World Music
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Mahu Kerja Dengan Berlainan Bangsa, Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9K
Next Article Dua Lagi Warga Sarawak Dikhuatiri Jadi Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Di Myanmar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?