• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini – Tiong

Oleh
Nazihah AN
23 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini - Tiong

Menteri Datuk Seri Tiong King Sing sasar 5 juta ketibaan dari China.

Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini – Tiong. Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) menyasarkan ketibaan lima juta pelancong dari China tahun ini berbanding 3.1 juta pada 2019, kata Menteri Datuk Seri Tiong King Sing.

Menerusi media tempatan, Tiong berkata sasaran itu ditetapkan berikutan keputusan China untuk membuka semula sempadannya pada 8 Jan selepas tiga tahun sekatan berikutan pandemik Covid-19.

Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini - Tiong
Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini – Tiong. Sumber: BERNAMA

“Kami gembira melihat pelancong tiba di negara ini untuk memacu sektor pelancongan dan ekonomi negara.”- Tiong

Beliau berkata dalam sidang media selepas menyampaikan cenderahati sempena Tahun Baharu Cina kepada pelancong dari Hong Kong dan China yang tiba di Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Antarabangsa Lumpur (KLIA).

Kami gembira melihat pelancong tiba di negara ini untuk memacu sektor pelancongan dan ekonomi negara. Saya mengucapkan selamat datang ke Malaysia dan berharap pelancong dari negara lain turut melawat Malaysia,”

Beliau berkata sasaran itu dijangka dapat dicapai apabila China membenarkan perkhidmatan pelancongan berkumpulan ke 20 negara termasuk Malaysia disambung semula pada 6 Feb.

19 negara lain yang disenaraikan ialah Thailand, Indonesia, Kemboja, Maldives, Sri Lanka, Filipina, Singapura, Laos, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Kenya, Afrika Selatan, Rusia, Switzerland, Hungary, New Zealand, Fiji, Cuba dan Argentina.

Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini - Tiong
Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini – Tiong

Setiap pelancong China akan menjalani ujian saringan Covid-19 di negara mereka sebelum datang ke Malaysia.

Tiong juga memberi jaminan bahawa setiap pelancong China akan menjalani ujian saringan Covid-19 di negara mereka sebelum datang ke Malaysia, dan menggesa semua rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan mereka sendiri dan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan penyakit itu.

“Walaupun Covid-19 masih ada, kita perlu meneruskan dan menjaga kesihatan kita sendiri,” katanya sambil menggesa pelbagai pihak bekerjasama dengan MOTAC bagi mempromosikan pelancongan dan membantu menggiatkan semula sektor itu.

Baru-baru ini Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dilaporkan berkata ia mempunyai kepercayaan penuh terhadap Kementerian Kesihatan untuk menguruskan ketibaan pelancong China, sama seperti yang mereka lakukan dengan pelancong lain dari seluruh dunia.

Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini - Tiong
Kementerian Pelancongan Sasar 5 Juta Ketibaan Dari China Pada Tahun Ini – Tiong

PENTING! Baca juga 10 gesaan penting yang perlu dipertimbang kerajaan Malaysia:

Jangkitan Di China Semakin Kritikal, Ini 10 Gesaan Penting Yang Perlu Dipertimbang Kerajaan Malaysia
2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buat Kunjungan Sempena CNY, Namun Kecantikan Ragad Taib Pula Jadi Perhatian Netizen Buat Kunjungan Sempena CNY, Namun Kecantikan Ragad Taib Pula Jadi Perhatian Netizen
Next Article Makanan Western Dengan Twist Tersendiri, Sambal Oranges Di Samariang Square Sediakan Menu Unik Untuk Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?