I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Jangkitan Di China Semakin Kritikal, Ini 10 Gesaan Penting Yang Perlu Dipertimbang Kerajaan Malaysia
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jangkitan Di China Semakin Kritikal, Ini 10 Gesaan Penting Yang Perlu Dipertimbang Kerajaan Malaysia

Oleh Nur Afifah 30 Disember 2022
Kongsi
7 Min Bacaan

Malaysia antara destinasi kegemaran rakyat China

Jangkitan Di China Semakin Kritikal, Ini 10 Gesaan Penting Yang Perlu Dipertimbang Kerajaan Malaysia. Memetik laporan antarabangsa, Malaysia merupakan antara 10 negara pilihan rakyat China untuk melancong menerusi carian di laman web Trip.com Group.

Pengendali laman web berkenaan turut menyenaraikan beberapa negara lain yang menjadi pilihan warga tersebut seperti Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, United Kingdom, Macau dan Hong Kong.

Jangkitan Di China Semakin Kritikal, Ini 10 Gesaan Penting Yang Perlu Dipertimbang Kerajaan Malaysia
Jangkitan Di China Semakin Kritikal, Ini 10 Gesaan Penting Yang Perlu Dipertimbang Kerajaan Malaysia

China kini benarkan rakyatnya mengembara ke luar negara tanpa perlu memberikan butir perjalanan

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Isnin mengumumkan pelancong yang tiba ke negara itu tidak lagi perlu dikuarantin bermula 8 Januari depan sekali gus menamatkan polisi sifar COVID hampir tiga tahun. Pihak berkuasa juga memaklumkan, warganya turut dibenar untuk melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan.

Hal ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan beberapa negara dunia tatkala lebih separuh daripada rakyat negara berkenaan disahkan positif di Itali sejurus satu pemeriksaan dibuat dalam dua pesawat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan.

Justeru, satu persoalan dibangkitkan oleh Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga kini merupakan ahli parlimen Kuala Selangor tentang adakah Malaysia bersedia untuk menghadapi gelombang baharu COVID-19 dari China.

With more than 50% of Chinese citizens positive on landing at Milan Airport, global alarm bells and coordination need to be louder. India, Japan & the US requiring a negative Covid test from China.

Is Malaysia ready..?

Not something to ignore…but not overly alarmist though. https://t.co/LxUg9ZtATL

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) December 29, 2022

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii turut mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan supaya meletakkan syarat perjalanan bagi pelancong yang memasuki negara ini dari China berikutan lonjakan semasa Covid-19 di China.

Beliau berkata bahawa kerajaan harus mengambil berat situasi semasa penyakit itu dengan mengenakan keperluan saringan perjalanan sebagai langkah kecemasan sementara terhadap jangkitan yang semakin meningkat di sana.

Jangkitan Di China Semakin Kritikal, Ini 10 Gesaan Penting Yang Perlu Dipertimbang Kerajaan Malaysia
Dr. Kelvin Yii, ahli parlimen Bandar Kuching

Ini penting untuk melindungi rakyat dengan lebih baik serta mencegah satu lagi krisis yang mungkin menimpa sistem penjagaan kesihatan negara.

Kita perhatikan, beberapa negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Itali, Korea Selatan dan India kini telah mengenakan beberapa bentuk keperluan untuk pelancong dari China. Hal ini terutamanya selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan ia amat bimbang dengan peningkatan laporan kes yang semakin kritikal di seluruh China, selepas sebahagian besar negara itu melonggarkan dasar sifar COVID,”

Kelvin Yii, ahli parlimen Bandar Kuching

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Malaysia juga harus mempertimbangkan beberapa sekatan untuk mencegah peningkatan mendadak jangkitan di negara ini sambil mengimbangi keperluan ekonomi dan mata pencarian terutamanya untuk perjalanan penting.

10 gesaan MP Kuching kepada kerajaan Malaysia

Cadangan beliau untuk syarat kemasukan adalah;

  1. Pengembara diberi vaksin (jenis vaksin yang diterima perlu diputuskan), dan melakukan ujian Rt-PCR sekurang-kurangnya dua hari sebelum perjalanan. Sebaik tiba di Malaysia, ujian RTK-Ag rutin perlu dijalankan, dan mereka yang positif ujian akan dikuarantin selama tujuh hari di fasiliti yang ditetapkan. Sampel mereka juga dicadangkan akan digunakan untuk analisis genom.
  2. Kerajaan perlu menggalakkan suntikan penggalak kepada mereka yang berhasrat untuk melancong ke China dan menasihatkan pengembara agar cuba menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting.
  3. Persediaan menghadapi krisis mesti dipertingkatkan dan kemudahan penjagaan kesihatan serta sumber manusia di seluruh negara mesti diperkasakan sekiranya berlaku sebarang kemungkinan.
  4. Data yang jelas mengenai ketersediaan katil ICU dan kesediaan luar jangka Jabatan Kecemasan sekiranya berlaku lonjakan kes juga perlu dipersiapkan.
  5. Menggalakkan orang ramai untuk bertopeng terutamanya di luar rumah dan kawasan yang sesak. Ini lebih-lebih lagi memandangkan acara sambutan Tahun Baru yang mungkin menyebabkan peningkatan kes di dalam negara.
  6. Kerajaan juga harus memperhebatkan galakan kepada orang ramai untuk mengambil suntikan penggalak COVID-19. Walaupun terdapat tahap penerimaan yang rendah dalam kalangan orang ramai, tetapi kerajaan harus tetap bersedia pada bila-bila masa permintaan suntikan penggalak meningkat apabila rakyat mula memahami keadaan mendesak berikutan situasi di China.
  7. Kerajaan juga harus mempertimbangkan pembelian vaksin bi-valent sebagai pilihan, yang mungkin menangani beberapa keraguan dalam kalangan orang ramai.
  8. Audit ke atas semua stok ubat antivirus seperti Paxlovid, Remdesivir atau Evusheld untuk COVID-19 mesti dilaksanakan dan memperuntukkannya kepada kawasan berisiko tinggi terutamanya kemudahan kesihatan di pintu masuk atau di kawasan berisiko tinggi jangkitan wabak.
  9. Melakukan pemodelan menyeluruh serta menganggarkan bilangan pesakit yang mungkin memerlukan ubat-ubatan ini dan membuat keputusan mengenai perolehan selanjutnya berdasarkan data tersebut.
  10. Pasukan Petugas Antara Agensi COVID-19 juga mesti bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan untuk meningkatkan kesiapsiagaan kecemasan kesihatan awam, pencegahan dan tindak balas terhadap ancaman kesihatan semasa dan berterusan seperti COVID-19.

Walaupun banyak daripada ini adalah keputusan yang sukar tetapi penting untuk dibuat terutamanya dalam mengimbangi keperluan untuk melindungi nyawa dan mata pencarian serta membantu memulihkan dan memacu ekonomi. Namun, dalam masa yang sama, kerajaan mesti proaktif dan bersedia untuk sebarang kemungkinan, jelas Kelvin Yii.

Saya tidak memihak kepada peraturan ketat pemakaian pelitup separuh muka, di mana denda yang tinggi dikenakan jika tidak dipakai, tetapi kerajaan mesti tegas dalam menyampaikan kepentingan menggunakan pelitup separuh muka dan menyediakan orang ramai untuk sebarang kemungkinan sebaik yang mungkin.

Kesemua langkah ini mesti disampaikan dengan baik, dan semua usaha yang dilakukan mesti telus untuk membina keyakinan orang ramai yang penting dalam sebarang krisis kesihatan awam. “Kita mesti belajar daripada pengalaman yang lalu dan bersikap proaktif daripada hanya reaktif apabila krisis muncul”, tegasnya.

Baca juga kisah penumpang China yang disahkan positif dalam dua penerbangan ke Milan, Itali beberapa hari yang lalu:

Petanda Gelombang Baharu, Lebih Separuh Penumpang China Ke Itali Positif COVID-19
Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam
SUMBER : The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Solo Ke Semporna Dan 7 Pulau Selama 8H7M
Next Article Netizen Berpendapat Beam Tidak Ada Permit, E-Skuter Di Kota Kinabalu Kena 'Angkut' Netizen Berpendapat Beam Tidak Ada Permit, E-Skuter Di Kota Kinabalu Kena ‘Angkut’

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?