Penjelasan diminta mengenai lonjakan bil elektrik selepas pemasangan meter pintar
Kenaikan Bil Elektrik Selepas Pemasangan Meter Pintar, Timbalan Premier Sarawak Mohon Penjelasan. Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, memohon agar Sarawak Energy memberi penjelasan berhubung peningkatan mendadak bil elektrik, terutamanya bagi premis perniagaan, selepas pemasangan meter pintar.
Dipetik daripada DayakDaily, Awang Tengah menyatakan bahawa tiada perubahan kadar bagi penggunaan domestik dan komersial pada masa ini.

Sarawak Energy perlu menjelaskan aspek peralihan kaedah
Beliau berkata, walaupun tiada perubahan dari segi kadar, Sarawak Energy perlu menjelaskan aspek peralihan kaedah (daripada meter lama kepada meter pintar).
Beliau turut berharap agar Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta Sarawak Energy akan menangani isu ini.

Sebelum ini, Sarawak Energy ada menjelaskan bahawa kenaikan bil elektrik yang dihadapi oleh pengguna baru-baru ini disebabkan oleh kemampuan meter pintar untuk merekodkan penggunaan elektrik dengan lebih tepat.
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa peningkatan jumlah bil juga disebabkan oleh bacaan ‘kurang caj’ pada meter lama serta perubahan bermusim dalam penggunaan tenaga.

