• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
17 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Daya tarikan setiap negeri, Makanan.

Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak. Setiap negeri pasti memiliki daya tarikan tersendiri terutamanya keistimewaan makanan yang memiliki ciri khas untuk negeri masing-masing dan tidak terkecuali negeri Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Daya tarikan setiap negeri, Makanan.
  • 1. Kasam Ensabi
  • 2.Suman
  • 3.Pipus
  • 4. Umai

Kepelbagaian makanan yang ada di Sarawak turut memainkan peranan penting dalam memeriahkan industri pelancongan. Jadi, dalam artikel kali ini akan mengetengahkan 4 makanan unik masyarakat Sarawak.

Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak
Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak. Sumber gambar: FB Salim Md Sahri dan FB Fadzhel Harris Nor Alias

1. Kasam Ensabi

Kasam ensabi atau sawi dayak adalah makanan yang terkenal khasnya di kalangan masyarakat Dayak di Sarawak. Malah makanan ini turut menjadi pilhan untuk orang Melayu.

Walaupun penyediaannya agak mudah namun tidak semua orang berhasil kerana air tangan yang berbeza. Hanya menggunakan daun sawi dayak yang digaul dengan garam kasar, dijemur dan diperap untuk tempoh seminggu tidak menjanjikan rasa yang sama untuk semua yang mencuba untuk membuatnya.

Kasam ensabi yang telah diperap akan dimasak sebelum dihidangkan. Rasa masin, sedikit masam yang menjadikan kasam ensabi pilihan menu tradisional untuk masyarakat Sarawak terutamanya menjadi lauk untuk santapan nasi panas.

Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak
Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak. Sumber gambar: FB Ramelah Manan

2.Suman

Suman merupakan salah satu makanan unik masyarakat Sarawak khususnya untuk orang Melayu. Namun, makanan ini agak sukar didapati di bandar-bandar besar kerana kebanyakannya masyarakat kampung masih menggunakan cara tradisional dalam menghasilkan suman ini.

Suman ini banyak menggunakan makanan laut seperti ikan, sotong dan udang sebagai bahan tambahan dimana bahan utamanya adalah lemantak. Lemantak dan isi ikan, sotong atau udang akan dibancuh untuk menjadi adunan yang agak likat seperti gam dan akan dibungkus di dalam daun nipah sebelum dibakar menggunakan kayu arang.

Bahan seperti lemantak, daun nipah dan dapur yang menggunakan kayu arang yang sukar didapati dibandar menjadikan suman ini banyak terdapat di pekan kecil di Sarawak seperti di Sarikei, Bintangor. Jadi, ini dapat menjadi daya tarikan untuk para pelancong menerokai pekan kecil di Sarawak. Tidak hanya tertumpu di bandar sahaja.

Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak
Sumber gambar: FB Diandra Diandra

3.Pipus

Pipus adalah makanan tradisional masyarakat Melanau terutamanya untuk masyarakat Melanau di kawasan Belawai, Daro. Pembuatan pipus agak sedikit rumit kerana isi ikan seperti ikan parang akan direbus, dikisar dan akan dimampatkan ke dalam daun nipah sebelum dibakar.

Rasanya padat dengan isi ikan menjadikan ianya lauk untuk sajiaan harian yang dimakan bersama nasi Tapi, ada segelintir gemar memakannya begitu sahaja.

Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak
Sumber gambar: FB Diandra Diandra

4. Umai

Rasanya Umai adalah makanan tradisional yang sinonim dan paling ”terkenal” untuk pelancong luar dekat dengan Sarawak. Ada yang memberi gelarannya sebagai sushi Sarawak kerana pennyediaan umai menggunakan isi ikan mentah yang akan digaul dengan air perahan limau, hirisan cili dan bawang.

Umai ini juga merupakan makanan ikonik untuk masyarakat Melanau dan ianya mudah didapati di bandar seperti restoran yang ada di Kuching, Miri. Tidak tertumpu ke arah daerah kecil sahaja.

Kenali 4 Makanan Unik Dan Khas Hanya Ada Di Sarawak
Sumber gambar: FB Faridah Ohsen II

Keunikan aneka makanan tradisional Sarawak bukan satu-satunya daya tarikan untuk pelancong luar melancong ke Sarawak. Ada daya tarikan yang lain seperti tempat menarik yang ada di Sarawak:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rai Majlis Graduasi Anak Lelaki, Ayah Ini Segak Berbusana Tradisi Bisaya Di UK
Next Article Laluan ART Akan Terus Disambung Ke Gedong Laluan ART Akan Terus Disambung Ke Gedong Dalam Masa 3 Tahun Lagi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?